Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
15) KEBAJIKAN HAL EHWAL WANITA, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejauh mana / apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan tahap pelaburan asing di Negeri Selangor
Antara langkah-langkah yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk
meningkatkan tahap pelaburan asing di Negeri Selangor adalah seperti berikut;-
i. Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan
yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing.
ii. Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan
perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum
balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di
Selangor.
iii. Menaiktaraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan
kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor Science Park.
iv. Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.
v. Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak
menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain kelulusan
yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One stop Centre (OSC) yang
ditubuhkan di setiap PBT.
vi. Penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Peringkat Negeri dan Daerah bagi
memantau perlaksanaan projek-projek pelaburan di setiap daerah serta
mempromosikan peluang-peluang pelaburan di setiap daerah.
vii. Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di
semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
viii. Penambahbaikan fungsi SSIC bagi memantapkan keupayaan dalam memberi
perkhidmatan.
ix. Pemantauan yang lebih kerap untuk projek-projek yang sedang dilaksanakan.
x. “Hand hold” program.
xi. Panganjuran dan penyertaan dalam misi-misi pelaburan ke luar Negara. -
Mohon penjelasan / status Kerajaan Negeri mengenai Caj RM10.00 yang akan dikenakan kepada pekerja asing di Selangor dan alasan Kerajaan sekiranya cajnya diteruskan mahupun tidak
Kerajaan Negeri masih mengkaji dasar tersebut
-
Kerajaan Negeri telah mengumumkan cuti untuk suami yang isterinya bersalin selama 14hari dan warga kerja wanita yang bersalin di beri cuti selama 90hari. Mohon diberi penjelasan terperinci mengenai tarikh berkuat kuasa, kategori serta syarat Ð syarat yang akan dikenakan
Selaras dengan hasrat Kerajaan Prihatin dan mengutamakan keluarga, Kerajaan Negeri
Selangor telah bercadang untuk melaksanakan Dasar Baru tentang kemudahan Cuti
Bersalin 90 hari dan Cuti Isteri Bersalin 14 hari yang mana pelaksanaannya adalah
seperti berikut :-
1.1 Cuti Bersalin 90 Hari
1.1.1 Seseorang pegawai/guru wanita yang berkhidmat di bawah Pentadbiran
Kerajaan Negeri apabila bersalin akan mendapat Cuti Bersalin
sebagaimana termaktub di bawah Perintah Am Bab C 25 – pindaan
seperti mana Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1998. Di bawah
Dasar Baru mereka diberi opsyen tambahan 30 hari cuti. Tambahan 30
hari yang dimaksudkan di sini adalah sebagaimana Perintah Am Bab C
26 (C) – pindaan seperti Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007
– Cuti Menjaga Anak. Cuti ini merupakan Cuti Tanpa Gaji dan boleh
dipertimbangkan sehingga 1,825 hari (5 tahun) maksimum dan dihadkan
sebanyak 5 kali bersalin dalam tempoh perkhidmatan.
1.1.2 Walaupun tempoh 30 hari direkodkan sebagai Cuti Menjaga Anak (Cuti
Tanpa Gaji), Pentadbiran Kerajaan Negeri bersetuju membayar gaji
penuh pegawai/guru wanita tersebut dan bayaran adalah dikira sebagai
Insentif Khas Bersalin.
1.1.3 Pembayaran Insentif Khas Bersalin hanya akan dibayar bagi tempoh 30
hari sebagai tambahan kepada 60 hari cuti bersalin yang ia berkelayakan
sahaja walapun pegawai/guru wanita layak mengambil secara maksimum
sehingga 1,825 hari Cuti Menjaga Anak setelah habis tempoh cuti
bersalin.
1.2 Cuti Isteri Bersalin 14 Hari
1.2.1 Seseorang pegawai lelaki secara automatik akan mendapat Cuti Tanpa
Rekod selama tujuh (7) hari untuk membantu urusan ketika isterinya
bersalin sebagaimana Perintah Am Bab C 26 (2) – pindaan seperti
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2002. Di bawah Dasar Baru
ia diberi opsyen tambahan tujuh (7) hari cuti. Tambahan cuti tujuh (7)
hari yang dimaksudkan ini akan direkodkan sebagai Cuti Tanpa Gaji dan
tertakluk kepada Perintah Am Bab C 14 (a) dan (b).
1.2.2 Pentadbiran Kerajaan Negeri akan membayar Insentif Khas Isteri
Bersalin pada hari-hari di dalam tempoh opsyen tambahan tujuh (7) hari
tersebut.
OPSYEN
2. Bagi pegawai-pegawai yang memilih untuk menerima kemudahan cuti ini
hendaklah melengkapkan Borang Opsyen.
3. Opsyen ini hanya sah setelah pegawai menandatangani borang opsyen tersebut
dan disokong oleh Ketua Jabatan masing-masing.
4. Setiap keputusan permohonan opsyen bagi cuti-cuti berkenaan adalah
muktamad.5. Ketiga-tiga jenis cuti ini hendaklah direkodkan di dalam Buku Rekod
Perkhidmatan sebagai Cuti Tanpa Gaji dan tidak layak dikira sebagai
perkhidmatan yang boleh dimasukkira bagi faedah persaraan. Kerajaan Negeri
walau bagaimanapun akan memberi bayaran Insentif Khas pada hari-hari di
dalam tempoh opsyen tambahan cuti tersebut, sebagai ganti kepada kerugian
yang akan diterima pegawai semasa persaraan kelak.
TARIKH KUATKUASA
6. Dasar ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009.
PEMAKAIAN
7. Pentadbiran Negeri bersetuju menerimapakai Dasar ini ke seluruh Jabatan dan
Agensi Negeri dan dipanjangkan kepada semua Badan Berkanun Negeri serta
Pihak Berkuasa Tempatan Negeri.