Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

7) RUMAH ASNAF FAKIR MISKIN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah rumah-rumah asnaf yang dibina di Negeri Selangor pada tahun ini dan berapa banyak lagi yang masih menunggu kelulusan dan pembinaan.

    Laporan Bantuan Rumah Januari hingga September 2008
    Bil Asnaf
    Jumlah
    Kelulusan
    Bantuan
    Rumah
    Jumlah
    Menunggu
    Kelulusan
    Jumlah Dalam
    Proses
    Lantikan
    Kontraktor
    Jumlah
    Telah
    Siap
    1 Fakir/Miskin/Muallaf 420 buah 13 buah 293 buah 114 buah

  2. Apakah perancangan yang lebih strategi bagi mengatasi masalah tempat tinggal golongan ini di masa depan?

    LZS akan terus melaksanakan pembinaan rumah samada berkelompok mahupun bagi
    individu dan juga pembelian lot-lot pangsapuri bagi mengatasi masalah kemiskinan di bandar.
    Untuk itu, LZS akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan negeri bagi menjayakan
    program ini di masa akan datang. LZS akan memastikan penduduk miskin yang tiada rumah
    akan diberi bantuan tempat tinggal yang sewajarnya. Bagi golongan yang mempunyai tanah,
    rumah baru akan dibina, manakala mereka yang tiada tanah akan ditempatkan di perumahan
    berkelompok yang akan ditambah dari semasa ke semasa. Begitu juga bagi mereka yang
    tinggal di kawasan bandar, akan ditempatkan di lot-lot pangsapuri yang dibeli oleh LZS. Bagi
    mereka yang tinggal di tempat yang mana LZS tidak mempunyai lot pangsapuri, maka LZS
    akan menanggung bayaran sewa rumah sehingga mereka mampu membayarnya pula.

Lampiran

Tiada Lampiran.