Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
3) PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI BALAKONG
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci jumlah kilang yang dikenal pasti mengakibatkan pencemaran mengikut jenis-jenis pencemaran.
Kilang yang dikenalpasti bermasalah dan mengakibatkan pencemaran di kawasan
Balakong sebanyak 42 buah. Dari jumlah tersebut di dapati 16 kilang menyumbang
kepada pencemaran udara, 12 buah kilang melepaskan effluen yang menyebabkan
pencemaran air , 12 buah kilang mengakibatkan pencemaran buangan terjadual dan
selebihnya berpotensi menyebabkan ketiga-tiga jenis pencemaran. -
Berapakah jumlah kilang atau pemilik kilang yang telah disabit kesalahan, dikenakan kompaun/denda dan dihukum penjara atau diarah berpindah oleh pihak berkuasa?
Dari jumlah tersebut JAS Selangor telah mengambil tindakan penguatkuasaan bagi
tahun 2007 sehingga Ogos 2008 adalah seperti berikut :
i) Tindakan Mahkamah – 2
ii) Kompaun – 22
iii) Notis arahan – 9
iv) Surat arahan – 71
Selebihnya telah mematuhi arahan dengan memasang alat kawalan pencemaran. JAS
sentiasa menjalankan pemeriksaan berkala dari masa ke semsa bagi memastikan
pematuhan akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.