Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

2) INFRASTRUKTUR

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan pembangunan Negeri Selangor pada tahun 2008 untuk menyelenggarakan jalan-jalan kampung mengikut pecahan daerah?

    Peruntukan pembangunan untuk Jalan-Jalan Kampung di Negeri Selangor adalah dari
    Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar (KKLW). Pihak KKLW telah meminta
    JKR memantau dan menyelia penyelenggaraan jalan-jalan kampung bermula bulan Jun
    2004. Maklumat peruntukan pembangunan adalah seperti Lampiran A.

  2. Bilakah jalan utama Bagan Sekinchan menuju ke Sungai Labu yang rosak dan berlekaklekuk akan dinaiktarafkan secara menyeluruh?

    Jalan Bagan Sekinchan telah dinaiktaraf dan dibina mengikut piawai R1 JKR. Jalan ini
    akan dipertimbangkan untuk dinaiktaraf kepada piawai yang lebih tinggi (seperti piawai
    R2 JKR) apabila bilangan kenderaan yang menggunakan jalan ini melebihi kriteria –
    kriteria rekabantuk yang ditetapkan seperti keupayaan menampung jumlah aliran
    lalulintas, bebanan dan faktor – faktor lain.
    Berdasarkan pemerhatian JKR, jalan pada masa ini masih mampu memenuhi kriteria –
    kriteria rekabentuk piawai R1 JKR. Pemeriksaan JKR mendapati secara keseluruhan,
    struktur jalan masih kukuh dan tidak perlu pembaikan / naiktaraf secara menyeluruh.
    Bagi lokasi – lokasi tertentu yang mengalami kerosakan permukaan (seperti berlubang),
    penyenggaraan rutin dijalankan oleh JKR daerah dari masa ke semasa mengikut
    keperluan untuk memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalanraya.

  3. Sila nyatakan jumlah peruntukan yang diluluskan khususnya untuk membaiki jalan-jalan bendang di seluruh Sekinchan pada tahun 2008. Sila berikan butir-butir

    Sehingga September 2008, sebanyak RM 179 033.00 telah dibelanjakan bagi
    pembaikan jalan – jalan kawasan bendang Sekinchan menggunakan peruntukan belanja
    mengurus yang diterima dalam tahun semasa ( RM 1.7 juta). Jumlah perbelanjaan
    tersebut tidak termasuk kerja – kerja dilaksanakan oleh jabatan. Butir- butir kerja yang
    telah ditawarkan/dilaksana seperti berikut :-
    i) Membaiki Jalan Parit 6 Sekinchan
    – RM124, 570.00
    ii) Kerja membaiki pembentung Jalan Parit 5
    – RM 13, 386.20
    iii) Kerja menyelenggara Jalan Taliair 5
    – RM 19, 356.80
    iv) Kerja senggara bahu jalan Jalan Terusan Utama
    – RM 21, 720.00

Lampiran

Tiada Lampiran.