Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
1) PERKEMBANGAN INDUSTRI PERTANIAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah bentuk dan jumlah bantuan atau insentif yang ditawar oleh Kerajaan bagi menggalakkan lagi golongan belia di Negeri Selangor untuk menceburi bidang pertanian.
Dalam usaha untuk menggalakkan golongan belia menceburi bidang pertanian, kerajaan
telah menyediakan beberapa insentif seperti berikut:
i) Perkhidmatan khidmat nasihat teknikal akan diberi secara terus menerusi
pejabat-pejabat pertanian daerah dan bahagian teknikal kepada belia-belia
dan usahawan yang memajukan projek pertanian khususnya dalam bidang
pengeluaran hasil-hasil tanaman, pemprosesan makanan atau industri asas
tani serta bunga-bungaan. Perkhidmatan yang diberi ini merupakan usaha
membimbing mereka dalam aspek pengetahuan dan kemahiran teknikal
untuk mengurus projek-projek pertanian.
ii) Selain perkhidmatan khidmat nasihat, pihak Kerajaan Negeri menerusi
Jabatan Pertanian Negeri menyediakan peruntukan kewangan dibawah
Program Pembangunan Pertanian dan menyalurkan dalam bentuk bantuan
input-input pertanian dan infrastruktur kepada peserta-peserta yang
memajukan projek-projek pengeluaran hasil-hasil tanaman makanan seperti
padi, buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman kontan, kelapa dan projek
industri asas tani. Bantuan tersebut adalah berupa geran mengikut kadarkadar yang
telah ditetapkan.
iii) Insentif-insentif lain yang turut ditawarkan ialah pemberian insentif
percukaian dibawah kendalian Kementerian Pertanian. Insentif ini bertujuan
sebagai galakkan kepada syarikat-syarikat yang ingin melabur dalam industri
pengeluaran bahan-bahan makanan ( buahbuahan/sayuran, akuakultur, ternakan lembu & kambing dan perikanan laut
dalam). -
Senaraikan program Ð program latihan untuk menggalakkan belia Ð belia menceburi sektor pertanian secara komersial.
Senarai Program Latihan Untuk Galakkan Belia Ceburi Sektor Pertanian Komersil
1. Teknologi tanaman sayuran fertigasi
2. Pengurusan Tanaman sayuran
3. Teknologi tanaman cendawan
4. Pembungkusan dan pelabelan produk
5. Pengenalan dan kegunaan tanaman herba
6. Pengenalan dan teknik natural farming
7. Pengurusan tanaman buah-buahan
8. Asas Keusahawanan
9. Teknologi pemprosesan buah- buahan
10. Pengurusan tapak semaian ( bungaan dan buah-buahan)
11. Kursus tanaman sayur daun dan buah
12. Kursus pengendalian pam air
13. kursus pengendalian mesin
14. Kursus kejenteraan pertanian -
Sila nyatakan jumlah penglibatan Bumiputera sehingga kini dalam sektor pertanian di Negeri Selangor
Jumlah Penglibatan Bumiputra dalam bidang pertanian di Negeri Selangor mengikut
data profil petani Jabatan Pertanian adalah 41,611 orang atau 93% dari keseluruhan
44,743 petani.