Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
157) PENCEMARAN LOMBONG
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kawasan bekas lombong seluas 114 ekar di Taman Sri Manja, PJS 3 telah diberi milik kepada 5 pemaju. Namun kos pembiayaan rawatan lombong yang tercemar tersebut ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor; 2004-2006, kos rawatan RM3.4 juta; 2007-kini, kos rawatan 4.8 juta. Mengapakah Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kos rawatan sedangkan tapak adalah milik persendirian sepenuhnya?
Sebenarnya pemaju juga ada menyumbang dari segi kos dan rawatan untuk masalah pencemaran gas Hidrogen Sulfida di Tasik Lombong Taman Sri Manja. Pemaju-pemaju tersebut adalah seperti berikut:
i) Tetuan Susunan Baru Sdn Bhd – RM 70,000.00 3 Jun 2005 – RM 2 juta 5 April 2007 ii) Tetuan Peter’s Brickworks Sdn Bhd – RM 50,000.00 5 April 2005 iii) Syarikat Lagenda Kencana Sdn Bhd –
Mengambil alih melakukan rawatan dengan melantik kontraktor dan juga membiayai kos rawatan bermula pada September 2005 Mei 2006.
-
Adakah mana-mana pemaju yang menjadi pemilik tapak lombong tersebut membiayai kos rawatan lombong. Senaraikan nama pemaju, jumlah yang dibiayai dan tarikh pembiayaan diberi
Sama seperti di SUB(a)
-
Apakah kaedah rawatan yang dibuat atau hanya meneutralkan gas yang keluar (hydrogen sulfide). Mengapa tidak dirawat punca sebenar masalah lombong?
Rawatan dan tindakan yang diambil pada waktu ini adalah syor daripada keputusan Kajian Penilaiain Pencemaran Persekitaran dan Geoteknikal di kawasan Tasik Lombong PJS 3 oleh Unit Perundingan Universiti Malaya iaitu:
Cadangan Jangka Masa Pendek.
1) Rawatan berterusan kepada permukaan air – iaitu apa yang dilakukan sekarang
2) Menutup longkang besar – telah dibuat
3) Pemantauan gas dan air bawah tanah.
4) Memindahkan murid sekolah Tadika
Cadangan Jangka Masa Panjang.
- Menimbus lombong dengan tanah atau ‘inert material’ sahaja. – sedang berjalan sekarang.
- Pengumpulan dan rawatan kepada ‘leachate’
- Pengumpulan dan rawatan gas
- Mengalihkan semua inlet longkang yang masuk ke dalam lombong – dalam perancangan
- Pemantauan gas dan air bawah tanah.