Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

154) DANA DAN PUSAT WARISAN (HERITAGE CENTRE)

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai apa-apa dana untuk rakyat jelata sekiranya berlaku sebarang malapetaka dan jika ada sila jelaskan dengan terperinci bagaimana ianya berfungsi setakat ini dan jika tiada apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mewujudkan dana tersebut?

    Kerajaan Negeri ada menyediakan dana dan bantuan untuk malapetaka dan bencana. Dana dan bantuan tersebut akan disalurkan secara terus kepada mangsa bencana samada melalui pembinaan, baikpulih rumah atau bantuan-bantuan lain yang bersesuaian dengan kerosakan yang dialami.

     

  2. Adakah terdapat apa-apa perancangan atau tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membasmi kemiskinan di kalangan kaum bukan Melayu dan jika sekiranya tiada apakah langkah-langkah seterusnya?

    Program pembasmian kemiskinan Kerajaan Negeri sentiasa mengambil kira pelbagai kaum termasuklah kaum bukan melayu. Sehingga kini, tiada program pembasmian kemiskinan yang hanya berlandaskan satu kaum sahaja dan meminggirkan kepelbagaian kaum di Malaysia.

  3. Adakah Kerajaan Negeri akan menubuhkan satu tapak ÒNon-Malay Heritage CentreÓ di Negeri Selangor ini?

    Keperluan untuk mewujudkan “Non-Malay Heritage Centre” akan bergantung kepada keperluan semasa dan sehingga kini Kerajaan negeri telah pun mewujudkan Pusat Kebudayaan Cina dan pusat tersebut berfungsi sebagai pusat aktiviti dan kebudayaan cina.

Lampiran

Tiada Lampiran.