Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

149) PEMBANGUNAN SUKAN

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan Negeri mengatasi pembangunan sukan di kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan kekurangan tanah untuk rekreasi dan sukan?

    Majlis telah menjalinkan kerjasama dengan pihak Berkuasa Tempatan dalam membangunkan sukan di Negeri Selangor. Antaranya Program-program Latihan Persediaan SUKMA, Latihan-latihan program kendalian Persatuan-Persatuan Sukan Negeri dan Program Pembangunan Sukan di Peringkat Sekolah. Isu kekurangan tanah untuk rekreasi tidak timbul kerana pihak Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai dewan dan kawasan riadah dan kemudahan-kemudahan yang secukupnya untuk tujuan ini. Selain itu Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa menganjurkan program untuk menggalakkan program riadah dan sukan.

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi memajukan sukan kalangan belia?

    Majlis Sukan Negeri Selangor sedang merangka penstrukturan semula yang dijangka dapat dilaksanakan mulai awal tahun 2009. Dalam penstrukturan baru kelak, penglibatan menyeluruh belia akan diwujudkan dengan meluaskan peranan Majlis bukan hanya setakat mengendali sukan prestasi tinggi tetapi juga merangka aktiviti-aktiviti sukan massa. Program yang dijalankan diseimbangkan dengan program pembangunan sukan prestasi tinggi dan program sukan massa dan akan melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan sukan, rekreasi dan kecergasan, Persatuan Sukan Negeri dan Majlis Sukan Daerah, Institusi Pengajian Tinggi, badanbadan sukarela serta orang-orang perseorangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.