Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
142) MASALAH PENGGANGGURAN SISWAZAH
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan butiran terperinci jumlah siswazah IPTA/IPTS yang menganggur selepas tamat pengajian dari tahun 2006 hingga bulan Jun 2008 mengikut pecahan kaum.
Jabatan tidak mempunyai data bilangan siswazah IPTA/IPTS yang mengganggur selepas tamat pengajian.
Walaubagaimanpun jabatan mempunyai data pencari kerja di Negeri Selangor yang berdaftar untuk mendapatkan pekerjaan mengikut kaum sehingga Ogos 2008 seperti berikut :
Melayu : 15,598 Cina : 355 India : 954
Kadazan/Dusun : 111 Bajau : 104
Melayu Brunei : 68
Iban : 60 Bidayuh : 37 Malanau : 55
Lain-lain : 121
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan keadaan sedemikian berlaku?
Tidak berkaitan dengan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor.
-
Sila nyatakan apakah bentuk insentif dan bantuan serta latihan yang disediakan oleh pihak Kerajaan kepada para siswazah yang menganggur agar mereka dapat memperoleh pekerjaan dengan secepat mungkin?
Tidak berkaitan dengan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor.