Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

128) BANGUNAN 3C di SUBANG JAYA

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan kos yang telah dibelanjakan ke atas bangunan ini semenjak pembinaan (termasuk kos pembinaan) sehingga hari ini dan butir-butir kontraktor terlibat

    Kos pembinaan          –           RM 32,032,041.04 juta

    Nama kontraktor         –           SPS Corporation Sdn. Bhd.

  2. Berapakah bilangan orang yang menggunakan bangunan ini setiap tahun?

    Mulai dibuka kepada umum Ogos 2006.

    Bilangan orang yang menggunakan Kompleks 3C dari Ogos 2006 hingga tahun 2008 ialah 30,000 orang.

  3. Berapakah kos penyenggaraan yang ditanggung oleh MPSJ setiap tahun?

    Kos penyelenggaraan bagi bangunan ini adalah sebanyak RM 38,953 sebulan  termasuk kebersihan, penyelenggaraan  civil, struktur dan mekanikal.

Lampiran

Tiada Lampiran.