Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

127) UNISEL DAN INPENS

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Langkah-langkah yang diambil untuk memperkenalkan UNISEL dan INPENS kepada masyarakat.

    i. Mengambil bahagian yang aktif dalam program Khidmat Kerjaya Belia Negeri Selangor. Program ini antara lain memperkenalkan peluang pendidikan serta latihan kemahiran kepada belia-belia di Negeri Selangor. Disamping peluang pendidikan para belia juga diperkenalkan dengan pakej bantuan pendidikan yang disediakan.
    ii. Mengambil bahagian dalam pameran-pameran pendidikan. Antaranya Ekspo
    Kerjaya Industri 2008 (ICE 2008) di Shah Alam.
    iii. Mengadakan pameran pendidikan serta penerangan di sekolah menengah sekitar Negeri Selangor.
    iv. Mengadakan kerjasama dengan agensi di bawah kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha memperkenalkan INPENS. Antaranya Lembaga Zakat Selangor, Yayasan Selangor dan Majlis Daerah Kuala Selangor.

  2. Jumlah ahli akademik mengikut kelayakan, kakitangan dan penuntut di UNISEL dan INPENS

    Jumlah ahli akademik mengikut kelayakan, kakitangan dan penuntut di INPENS

    Kakitangan Akademik Mengikut Kelayakan

     

     

  3. Bajet tahunan yang diperuntukkan kepada kedua-dua institusi pengajian tersebut sejak tahun 2004.

    Sejak tahun 2004 hingga 2006, INPENS telah diletakkan dibawah sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Dalam tempoh tersebut, pihak INPENS menerima pendahuluan sebanyak RM17 juta daripada Kerajaan Negeri melalui KDEB.  5 juta daripada pendahuluan tersebut telah digunakan untuk proses perpindahan kolej dari Seksyen 7, Shah Alam ke Pulau Indah, Pelabuhan Klang, pembelian peralatan asrama dan kelengkapan pejabat manakala RM14.5 juta lagi untuk pengubahsuaian lot kedai kepada ruang pejabat di Pulau Indah.

     

    Dari tahun 2007 hingga sekarang, INPENS telah diletakkan dibawah Menteri Besar Incorporated (MBI).  Dalam tempoh tersebut, pihak INPENS telah menerima geran sebanyak  RM1 juta daripada Kerajaan Negeri.  Geran tersebut diperuntukkan untuk membeli peralatan-peralatan dan menambaikkan kursus-kursus kemahiran yang sedang dijalankan di INPENS.

    Dari tahun 2006 hingga sekarang INPENS telah menerima tajaan pelajaran daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).  Pecahan tajaan adalah seperti berikut:

     

        RM  ‘000
    a. LZS RM1,496
    b. UPEN (YSS) RM1,112
    c. UPEN RM1,740
    d. EPU RM2,177
    e. MOF RM   692

                                                      RM7,217

Lampiran

Tiada Lampiran.