Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
111) KUMPULAN SEMESTA S/B
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan secara terperinci bilakah Kumpulan Semester S/B ditubuhkan dan apakah matlamat utama penubuhan tersebut?
Kumpulan Semester S/B ditubuhkan pada 26 Jun 2008 dan telah memulakan operasi
pengeluaran pasir pada 11 September 2008.
Matlamat utama penubuhan adalah sebagai alternatif mendapatkan sumber hasil yang
lain melalui aktiviti mengekstrak sumber-sumber mineral, pasir dan bahan batuan di
dalam Negeri Selangor. Hasil daripada aktiviti ini dapat mengurangkan beban
kewangan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan dasar program “Merakyatkan Ekonomi
Selangor” (MES). Ianya adalah sebahagian daripada dasar program MES. -
Sila nyatakan nama ketua pengarah dan seluruh lembaga pengarah yang dilantik oleh Kerajaan Negeri dan huraikan latar belakang mereka secara terperinci?
Ketua Pengarah (Pengarah Eksekutif) Kumpulan Semester S/B ialah Tuan Ir. Ramli Bin
Abd. Majed.
Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik untuk Kumpulan Semester S/B ialah
Bil Nama Pekerjaan
1. YB Dato’ Mohd Arif Bin Ab. Rahman Pegawai Kewangan Negeri
2. Tuan Haji Abdul Shukor Bin Nagor Pengarah Syarikat
3. Tuan Ir. Ramli Bin Abd Majed Pengarah Syarikat -
Sila nyatakan adakah dengan penubuhan Kumpulan Semester S/B ini dapat menyelesaikan dan mengurangkan masalah kegiatan mencuri pasir yang berlaku secara berleluasa sebelum ini?
Penubuhan Kumpulan Semester S/B dijangka akan dapat menyelesaikan dan
mengurangkan masalah kegiatan mencuri pasir yang berlaku secara berleluasa
sebelum ini kerana;
i. Permit untuk mengeluarkan pasir dari tapak milik Kerajaan Negeri Selangor,
Badan Berkanun Negeri Selangor dan anak syarikat milik Negeri Selangor hanya
akan dikeluarkan kepada Kumpulan Semester S/B sahaja di mana ini dapat
membantu pihak penguatkuasaan.
ii. Kumpulan Semester S/B akan menyumbang dan memainkan peranan kepada
penguatkuasa bagi mempertingkatkan lagi usaha mengurang dan seterusnya
menyelesaikan masalah kegiatan mencuri pasir yang berlaku secara berleluasa
sebelum ini.