Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
107) KUTIPAN CUKAI PINTU
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Selangor terpaksa menanggung tunggakan cukai pintu lebih RM1 bilion apabila kebanyakan syarikat, pemilik bangunan dan persatuan liat menunaikan tanggungjawab itu sejak lima tahun lepas. Berapa lamakah tempoh yang diberikan bagi pihak terbabit membereskan bayaran yang tertunggak?
Selepas empat belas ( 14 ) hari tarikh akhir bayaran setiap penggal iaitu pada 28
Februari atau 31 Ogos setiap tahun, Pihak Berkuasa Tempatan akan mengeluarkan
Notis supaya membayar tunggakan kadar( Borang E ) dan pemilik harta diberi tempoh
lima belas ( 15 ) hari untuk menjelaskan tunggakan tersebut.
Jika pemilik harta masih gagal menjelaskan tunggakan cukai taksiran dalam masa 15
hari, Borang F,G dan H akan diproses dan diserahkan kepada pemilik. Pemilik diberi
tempoh 7 hari untuk menjelaskan tunggakan cukai taksiran. Jika tidak tindakan sita
akan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. -
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor terhadap mereka yang enggan melangsaikan cukai pintu tertunggak dalam tempoh yang dinyatakan? Adakah mereka yang gagal diberi penyapu seperti sebelum ini?
Penguatkuasaan bayaran Kutipan Cukai pintu tertunggak adalah di bawah kuasa
tindakan Pihak Berkuasa Tempatan seperti di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976
Seksyen 147. Kerajaan Negeri boleh menetapkan kadar melalui akta yang sama di
seksyen 127 yang menyatakan sesuatu kadar dan nilaian perlu mendapatkan kelulusan
Pihak Berkuasa Negeri.