Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
104) PENWARTAAN TANAH DI DAERAH HULU LANGAT
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Jumlah permohonan penwartaan tanah dari kawasan lapang ke tanah milik yang telah diproses di daerah Hulu Langat sejak tahun 2004. Sila sebutkan kawasan, saiz tanah, tujuan penwartaan, nama pemohon dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat.
Kerajaan Negeri sentiasa memantau status dan bilangan tanah lapang di Negeri
Selangor termasuklah di Daerah Hulu Langat. Pada masa ini terdapat 1754 tanah
lapang telah dikenal pasti di Daerah Hulu Langat. Senarai kawasan dan pelan-pelan
tanah lapang ini telah di bawa ke Mesyuarat MTES untuk kelulusan pewartaan dan
tindakan jabatan berkenaan. Di samping itu, satu jawatankuasa telah ditubuhkan oleh
Kerajaan Negeri dianggotai oleh PBT, Pejabat Daerah dan jabatan-jabatan berkaitan
bertujuan memastikan setiap tanah lapang dapat diproses dan dikekalkan sebagai tanah
lapang. Semenjak tahun 2004, tiada tanah lapang yang di proses menjadi tanah milik di
Daerah Hulu Langat. -
Sila nyatakan tanah-tanah yang sedang dipohon dan akan diwartakan di bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya sejak 8hb Mac 2008.
Sehingga Oktober 2008, terdapat 593 tanah lapang telah dipohon dan di proses di
bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Walaubagaimanapn sejak 8hb
Mac 2008, hanya terdapat satu kawasan tanah lapang sahaja yang di pohon untuk
pewartaan iaitu di Taman Bukit Permai, Daerah Hulu Langat seluas 2.79 ekar. -
Syarat-syarat dan undang-undang yang perlu dipatuhi dalam penwartaan tanah dari kawasan lapang dan rezab hutan kepada tanah milikan
Sesuatu tanah lapang yang telah diwartakan tetapi ingin dijadikan tanah milikan
disyaratkan melalui proses pembatalan pewartaan Tanah Rizab Awam dibawah
Seksyen 64 Kanun Tanah Negara 1965. Proses pembatalan pewartaan Tanah Rizab
Awam tersebut adalah :-
i) Kertas ringkasan dari Pengarah Tanah dan Galian yang ditandatangani oleh
Pengarah PTG harus diluluskan oleh Y.A.B Menteri Besar.
ii) Sekiranya lulus, perlu dibuat siasatan dibawah Seksyen 64 (2) Kanun Tanah
Negara 1965. Siasatan dimulakan dengan mewartakan Notis Cadangan
Pembatalan yang ditandatangani oleh Y.A.B Menteri Besar.
(iii) Setelah Notis Cadangan Pembatalan disiarkan di dalam warta, Pejabat Daerah
akan menghantar Notis 2A seperti kehendak Seksyen 27, Kanun Tanah Negara
1965 kepada pihak-pihak yang perlu hadir pada hari siasatan yang dinyatakan di
dalam Notis Cadangan Pembatalan. Jika keputusan siasatan ialah teruskan
dengan pembatalan, deraf warta yang ditandatangani oleh Y.A.B Menteri Besar
perlu disediakan dan disiarkan.