Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
103) PENGLIBATAN KAUM BUKAN MELAYU DI DALAM SEKTOR AWAM NEGERI
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah sebarang peluang bagi kaum bukan Melayu untuk dilantik sebagai DatoÕ Bandar bagi salah satu Bandaraya di Negeri Selangor ini seperti di Shah Alam dan/atau Petaling Jaya?
Kaum bukan Melayu berpeluang untuk dilantik sebagai Dato’ Bandar Majlis Bandaraya
di Negeri Selangor seperti Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Petaling
jaya. Ini adalah kerana Waran Perjawatan Dato’ Bandar kedua-dua Majlis Bandaraya
tersebut adalah Jawatan Terbuka dan tidak di hadkan kepada mana-mana kaum untuk
menyandang jawatan tersebut. -
Adakah sebarang peluang bagi kaum bukan Melayu untuk dilantik memegang jawatan sebagai Yang Di Pertua bagi mana-mana Majlis Daerah dan Tanah di Negeri Selangor ini?
Kaum bukan Melayu berpeluang untuk menyandang jawatan Yang Di Pertua Majlis
Daerah kerana Waran Perjawatan YDP juga Jawatan Terbuka dan tidak terhad kepada
mana-mana kaum. -
Adakah kaum bukan Melayu akan dapat diberi peluang dan dilantik sebagai Pengerusi dan/atau Ketua dan/atau Presiden bagi mana-mana Perbadanan Korporat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor sepenuhnya?
Kaum bukan Melayu juga berpeluang untuk dilantik sebagai Pengerusi / Ketua /
Presiden mana-mana Perbadanan Korporat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri
Selangor. Perlantikan tersebut adalah atas kuasa Ahli Lembaga Pengarah sesuatu
agensi berkenaan.