Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
99) PENINGKATAN KES DENGGI
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Peningkatan kes denggi dan jumlah kematian di Selangor ketika ini adalah amat membimbangkan. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh PBT & PTD dalam menangani masalah ini?
Langkah-langkah yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
Langkah-langkah yang dilakukan adalah:-
i) Operasi Gerak Gempur Pemeriksaan Tapak Binaan Dan Projek Terbengkalai di
daerah Petaling pada 23/4/2008 dan 24/4/2008.
ii) Mengadakan gerak gempur “Ops Bersih” iaitu operasi bersepadu kawalan
denggi bermula pada 10 Mei ini di Lokaliti-lokaliti wabak
iii) Menggerakkan penduduk untuk mengadakan gotong royong di kawasan atau
lokaliti wabak dan bukan wabak, khasnya penglibatan proaktif dari ketua
masyarakat/ Adun kawasan untuk menjayakan aktiviti ini.
iv) Mengujudkan “Skuad Denggi” di semua lokaliti- lokaliti berwabak di negeri
Selangor yang terdiri daripada ahli jawatankuasa daripada penduduk dan diketuai
oleh ADUN kawasan masing-masing sebagai penasihat bagi menjalankan aktiviti
“mencari dan memusnah” tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam
dan luar kawasan rumah masing-masing.
v) Mengujudkan Jawatankuasa Khas untuk menyediakan Strategi Baru bagi
menangani wabak denggi di Negeri Selangor.
vi) Kempen menggunakan media massa melalui:
– Media elektronik iaitu hebahan awam di radio untuk menerangkan dan
menjelaskan tentang penyakit demam denggi, jumlah kes dan langkahlangkah pencegahan yang perlu dilakukan.
– Media cetak iaitu mengedar risalah dan poster berkaitan penyakit demam
denggi dan kad denggi berkenaan cara-cara pencegahan penyakit demam
denggi
vii) Hebahan awam dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat melalui :-
– Bacaan teks Khutbah Jumaat berkenaan penyakit demam denggi di seluruh
masjid dan surau di negeri Selangor.
– Hebahan melalui kenderaan unit bergerak di lokaliti bermasalah berkenaan
kejadian penyakit demam denggi dan langkah-langkah pencegahan yang
perlu dilakukan
– Menyampaikan maklumat berkenaan penyakit demam denggi secara
bersemuka dengan para penduduk.
viii) Menggerakkan masyarakat setempat menjalankan aktiviti membersihkan rumah
masing-masing dengan mencari dan membuang bekas-bekas berpotensi
pembiakan nyamuk aedes satu hari seminggu selama 10 min.
ix) Menganjurkan Solat Hajat & Doa selamat di semua masjid dan surau selepas
solat maghrib.
x) Mengadakan perbincangan “Fokal Group” dengan jawatankuasa penduduk. -
Ada sesetengah pihak yang meminta bayaran dan setengahnya pula tidak bagi khidmat penyemburan nyamuk sedangkan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah wang untuk khidmat ini. Mengapakah terjadinya sedemikian?
Bayaran perkhidmatan penyemburan nyamuk
Semua perkhidmatan penyemburan nyamuk yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan
Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah percuma dan tidak dikenakan
sebarang bayaran. Bagi setengah-tengah kes yang dikenakan bayaran
berkemungkinan perkhidmatan tersebut diberikan oleh syarikat swasta yang cuba
mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.