Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

91) PENGURUSAN SAMPAH-SARAP

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah bayaran kerajaan negeri Selangor untuk kutipan sampah bagi empat tahun yang lepas mengikut PBT dan senaraikan butir-butir kontraktor yang memprolehi kontrak mengutip sampah dalam negeri Selangor mengikut PBT. (syarikat, lokasi, tempoh, jumlah nilai)

    Perkhidmatan pembersihan awam adalah di bawah tanggungan setiap PBT disebabkan
    perjanjian interim ditandatangani oleh PBT dengan pihak Alam Flora. Walau
    bagaimanapun, berikut merupakan jumlah perbelanjaan PBT untuk tujuan pembersihan
    awam.
    PERBELANJAAN (RM)
    BIL PBT 2004 2005 2006 2007
    1 MBSA 38,911,520 43,872,890 49,717,590 53,336,480
    2 MBPJ 31,187,575 33,828,595 37,134,373 42,673,282
    3 MPK Maklumat tidak diperolehi
    4 MPSJ 45,224,832 49,616,501 64,174,515 63,593,973
    5 MPAJ 35.03 juta 35.37 juta 37.22 juta 39.99 juta
    6 MPKj Maklumat tidak diperolehi
    7 MPS 39,249,062 36,071,058 33,716,165 32,622,636
    8 MPSp Maklumat tidak diperolehi
    9 MDKS Maklumat tidak diperolehi
    10 MDKL Maklumat tidak diperolehi
    11 MDHS Maklumat tidak diperolehi
    12 MDSB Maklumat tidak diperolehi
    Butiran lanjut mengenai kontraktor boleh diperolehi daripada setiap PBT atau pihak
    Alam Flora kerana pelantikan kontraktor dibuat melalui perbincangan PBT dan Alam
    Flora.

  2. Berapakah jumlah kutipan sampah mengikut PBT dan senaraikan lokasi loji pembuangan sampah.

    Berikut merupakan jumlah kutipan sampah PBT mengikut maklumat yang dibekalkan
    oleh PBT masing-masing:
    BIL PBT PERBELANJAAN (RM
    2004 2005 2006 2007
    1 MBSA 84,967 115,876 126,446 135,577
    2 MBPJ 141,344 138,188 144,341 146,359
    3 MPK Maklumat tidak diperolehi
    4 MPSJ 146,000 163,009 175,654 154,168
    5 MPAJ 10,500 tan
    sebulan
    10,500 tan
    sebulan
    10,500 tan
    sebulan
    10,500 tan
    sebulan
    6 MPKj Maklumat tidak diperolehi
    7 MPS 10,00 tan
    sebulan
    10,000 tan
    sebulan
    10,000 tan
    sebulan
    10,000 tan
    sebulan
    MPSp Maklumat tidak diperolehi
    9 MDKS Maklumat tidak diperolehi
    10 MDKL Maklumat tidak diperolehi
    11 MDHS Maklumat tidak diperolehi
    12 MDSB Maklumat tidak diperolehi
    Manakala tapak-tapak pelupusan sampah di Selangor adalah seperti di Lampiran A dan
    Lampiran B.

  3. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan bagi mengendalikan jumlah buangan sampah yang semakin meningkat serta cara mengatasi masalah pembuangan sampah haram?

    Kerajaan Negeri sedang mengkaji beberapa opsyen untuk mewujudkan satu sistem
    pengurusan sisa pepejal yang bersepadu di Selangor. Kerajaan Negeri sedang melihat
    teknologi incinerator berskala kecil, MRF dan juga teknologi RDF yang ada di MPKj
    untuk diguna pakai di PBT Selangor.
    Bagi membendung masalah sampah haram, PBT disarankan untuk menggandakan
    aktiviti penguatkuasaan di kawasan pentadbiran masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.