Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
87) PELAN TINDAKAN WANITA DAN KELUARGA
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Pelan Tindakan Wanita dan Keluarga akan dibentangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
Pada masa ini, Pelan Tindakan Wanita dan Keluarga telah siap dirangka. Pelan ini akan
meliputi semua aspek yang berkaitan dengan wanita dan keluarga seperti hal kebajikan
yang berkaitan dengan suri rumah, wanita usia emas, wanita bekerjaya, usahawanita,
ibu tunggal dan golongan remaja. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui
Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita akan mengadakan bengkel untuk mendapatkan
maklumat tambahan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), agensi-agensi
berkaitan serta golongan professional untuk memberi penambahbaikan terhadap Pelan
Tindakan Wanita ini dan dijangka akan siap pada bulan Disember 2008. -
Berapakah anggaran peruntukan yang akan diberikan kepada usaha-usaha pembangunan wanita dan keluarga dalam Belanjawan Selangor yang akan datang?
Pada tahun 2009 dianggarkan sebanyak RM100,000.00 diperuntukkan di bawah
Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dalam usaha untuk memperkasakan golongan
wanita Negeri Selangor. Di samping itu, sebanyak RM500,000.00 dijangka akan
diperuntukkan dalam bajet pembangunan yang akan digunakan bagi tujuan programprogram yang akan memberi banyak faedah dan manfaat kepada golongan wanita
tanpa mengira usia mahupun status wanita itu sendiri. Selain itu, dijangka
RM200,000.00 dari Jawatankuasa Tetap Usahawan akan diperuntukkan khusus untuk
program usahawan ibu tunggal di mana golongan ibu tunggal yang berminat dalam
bidang keusahawanan akan dibantu oleh Kerajaan Negeri. Pembentangan maksud
“Gender Budgetting” dalam Majlis Dialog Bajet telah membuka kesedaran kepada
semua agensi-agensi kerajaan tentang peranan wanita itu sendiri. Oleh itu,
Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Tetap
yang lain termasuk agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam aspek pembangunan
wanita dengan menggunakan peruntukan sedia ada dari agensi-agensi yang terbabit.