Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
85) MASALAH ORANG KURANG SIUMAN DAN PEMINTA SEDEKAH
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Orang kurang siuman dan peminta sedekah sering berkeliaran dan mengganggu ketenteraman orang awam dan ada kalanya mendatangkan kecederaan.Siapakah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dalam menangani masalah ini?
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diberi kuasa oleh Menteri melalui Akta
Orang Papa (AOP) 1977, bagi menjalankan pemantauan dan operasi berjadual
mengikut daerah masing-masing bagi mengurangkan gejala meminta mengemis.
Bagi pengemis warganegara Malaysia, tindakan boleh diambil di bawah Sek.3(2) AOP
1977 iaitu menempatkan mereka selama sebulan dengan perintah penempatan
sementara oleh Mahkamah bagi mengesan waris/ keluarga di institusi JKM.
Bagi pengemis yang bukan warganegara akan diserahkan kepada pihak Imigresen
untuk tindakan selanjutnya.
Bagi pengemis yang tidak mempunyai keluarga atau waris, setelah perintah
penempatan sementara tamat, Mahkamah boleh membuat perintah penempatan tetap
selama tempoh 3 tahun mengikut peruntukan Seksyen 3(4) AOP 1977.
Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan institusi perlindungan dan pemulihan, iaitu
Pusat Pemulihan Pengemis (Desa Bina Diri) bagi penempatan orang papa yang
berumur 60 tahun ke bawah dan Rumah Seri Kenangan bagi mereka yang berumur 60
tahun ke atas;
Bagi kes orang tidak siuman, ianya bukan di bawah kuasa JKM dan mereka akan dirujuk
kepada Jabatan Kesihatan untuk rawatan Psikiatrik atau rawatan yang bersesuai oleh
jabatan berkenaan. -
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasinya?
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melaksanakan operasi
pencegahan dan membenteras pengemis / kutu rayau. Operasi telah dibuat secara
berjadual dan juga secara bersepadu dengan penglibatan pelbagai jabatan seperti Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) , Polis, RELA, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran,
AADK, Jabatan Agama dan lain-laian jabatan yang berkaitan untuk diambil tindakan
menyelamat dan pemulihan kepada pengemis serta kutu rayau.
Bersama-sama ini dilampirkan sebahagian daripada operasi menyelamat pengemis dan kutu
rayau yang telah dijalankan di daerah-daerah seperti di lampiran A.
Lampiran A
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR
TAHUN/BULAN :Januari – Ogos 2008
JADUAL 1 (a) : JENIS OPERASI DAN BILANGAN ORANG PAPA DISELAMATKAN
Bil. Daerah / Bahagian Jenis Operasi Bil. Orang Papa Diselamatkan Jumlah
Operasi
Berjadual
Operasi
Ad Hoc
Aduan
Awam
Permohonan
Sukarela Jumlah
Pengemis
Tempatan
Pengemis
Asing Peleser
1 Gombak 4 3 8 15 12 53 31 96
2 Petaling 14 1 22 37 20 26 26 72
3 Klang 3 3 12 18 16 13 20 49
4 Hulu Langat 11 2 23 36 10 30 1 41
5 Kuala Langat 4 6 10 4 4 3 11
6 Hulu Selangor 8 – – 8 – – – –
7 Kuala Selangor – 3 2 5 7 – 2 9
8 Sepang 1 – 3 4 6 4 3 13
9 Sabak Bernam 4 – – 4 – – – –