Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
77) PELANTIKAN AHLI MAJLIS PBT
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan proses pelantikan ahli majlis.
Berkenaan dengan soalan yang melibatkan pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa
Tempatan Selangor, saya akan memaklumkan bahawa proses yang digunapakai dari
peringkat awal oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut iaitu:
i) Penerimaan senarai calon daripada Parti Politik dan permohonan daripda NGO
dan orang ramai:
ii) Senarai calong-calong akan dinilai dan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan yang
dipengerusikan oleh Exco Kerajaan Tempatan.
iii) Senarai yang terpilih akan dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Selangor (MMKN) untuk dipersetujui:
iv) Surat Pelantikan dikeluarkan kepada senarai calon yang disahkan oleh MMKN;
v) Menghantar senarai nama Ahli Majlis yang gagal melepasi tapisan akan
ditamatkan perkhidmatan mereka dan digantikan dengan calon baru melalui
proses pemilihan yang sama.
vi) Mana-mana Ahli Majlis yang gagal melepasi tapisan akan ditamatkan
perkhidmatan mereka dan digantikan dengan calong baru melalui proses
pemilihan yang sama.
Bagi masa akan datang, semua calong yang terpilih sebagai Ahli Majlis perlu membuat
perakuan status masing-masing. -
Bagaimanakah prestasi ahli majlis ini akan dinilai dan apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka jika prestasi mereka tidak memuaskan?
Setiap Ahli Majlis PBT akan dinilai prestasinya oleh Datuk Bandar / Yang Dipertua Majlis
dengan mengguna pakai borang prestasi yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri
berdasarkan aspek-aspek seperti kehadiran Ahli Majlis ke Mesyuarat di PBT akan
keaktifan seseorang Ahli Majlis dalam menghubungkan di antara Pihak Berkuasa
Tempatan dengan penduduk setempat.
Pihak PBT kemudiannya akan mengemukakan prestasi Ahli-ahli Majlis berkenaan
kepada Kerajaan Negeri untuk makluman dan tindakan. Sekiranya prestasi seseorang
Ahli Majlis itu tidak memuaskan, Kerajaan Negeri akan menilai dan menimbang sama
ada perkhidmatan mereka akan disambung ataupun tidak. -
Nyatakan tindakan yang akan diambil bagi memastikan proses pelantikan adalah lebih telus
Merujuk kepada soalan seterusnya dibangkitkan oleh Y.B. Subang Jaya mengenai
ketelusan pelantikan Ahli Majlis, Kerajaan Negeri bersetuju dan telah pun menubuhkan
Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh EXCO Kerajaan Tempatan dan
dianggotai semua wakil-wakil parti komponen Pakatan Rakyat bagi memastikan proses
pelantikan Ahli Majlis lebih telus dan seimbang.