Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

74) PROGRAM PENJANAAN EKONOMI KAUM ORANG ASLI

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan bagi meningkatkan lagi ataupun menjana perkembangan ekonomi dalam bidang pertanian untuk kaum orang asli?

    JHEOA Negeri Selangor melalui unit Ekonomi telah dan sentiasa merancang projekprojek ekonomi dengan tujuan meningkatkan pendapatan serta taraf hidup Orang Asli
    dalam RMK9 dan RMK-RMK sebelumnya. Perancangan dan aktiviti telah dan akan terus
    dimajukan dalam bentuk program-program seperti berikut :-
    i) Program pembangunan tanah
    ii) Program pemgembangan (Kursus)
    iii) Program bimbingan usahawan
    iv) Pembinaan ruang niaga Orang Asli
    v) Program Peningkatan Pendapatan (PPP)
    vi) Program Skim Pembangunan Kemiskinan Rayat (SPKR)

  2. Berapakah jumlah tanah yang dimiliki atau dianugerahkan oleh kerajaan kepada orang asli yang boleh dimajukan dalam bentuk pertanian moden berkelompok?

    Berikut pecahan tanah-tanah yang dimiliki Orang Asli mengikut Daerah dan keluasan.
    KLASIFIKASI
    BIL DAERAH KAMPUNG
    JUM.
    HEK
    DI
    WARTA
    REZAB
    ORG
    ASLI
    LULUSM
    MK
    DALAM
    PERMOHONAN
    1 Sepang 15 1,517.77 393.99 0 1,123.78
    2 Kuala Langat 20 866.02 253.8 150.92 461.3
    3 Klang 3 219.31 0 178.05 41.26
    4 Hulu Langat 9 506.82 121.94 194.18 190.7
    5 Gombak 7 245.55 121.46 0 124.09
    6 Petaling 4 207.15 0 0 207.15
    7 Hulu Selangor 16 1871.9 8.08 0 1,863.82
    JUMLAH 74 5,434.52 899.27 523.15 4,012.1

    Peruntukan kawasan projek (Tanah) adalah sangat terhad untuk Orang Asli bergiat dalam
    projek-projek yang boleh menjana ekonomi bagi memajukan projek-projek pertanian
    moden secara berkelumpuk. Kebanyakan tanah yang ada sering kali menghadkan aktivitiaktiviti ekonomi terutama tanaman kontan jangka pendek/sederhana yang boleh di usaha
    secara kelumpuk. Cadangan supaya Orang Asli diberi kebenaran mengusaha tanahtanah kerajaan sangat dialu-alukan oleh JHEOA.

  3. Adakah badan atau institusi yang khusus selain daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang melaksanakan program tersebut di atas (a) dan (b)?

    Selain Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) tiada agensi atau institusi lain yang
    melaksanakan program tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.