Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
73) KUIL-KUIL AGAMA HINDU
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kuil-kuil agama Hindu yang telah dirobohkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional dan juga yang telah disenaraikan hitamkan untuk dirobohkan?
Berikut adalah jumlah kuil-kuil agama Hindu yang telah dirobohkan di dalam Negeri
Selangor.
BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN DIROBOH
1. Majlis Bandaraya Shah Alam 2
2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 13
3. Majlis Perbandaran Klang 4
4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 2
5. Majlis Perbandaran Subang Jaya 44
6. Majlis Perbandaran Selayang 27
7. Majlis Perbandaran Kajang 2
8. Majlis Perbandaran Sepang 1
9. Majlis Daerah Kuala Selangor 1
JUMLAH 96 -
Berapakah jumlah kuil-kuil agama Hindu yang didirikan di atas tanah yang dimiliki oleh kuil Hindu tersebut dan jika kuil-kuil Hindu itu tidak mempunyai dokumen Hak milik Tanahnya sendiri, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memberikan Suratan Hak milik Tanah bagi kesemua Kuil-Kuil Hindu yang tidak mempunyainya?
Setakat ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai data yang lengkap berhubung jumlah kuilkuil Hindu yang didirikan di atas tanah yang dimiliki sendiri oleh kuil tersebut. Walau
bagaimanapun, Kerajaan Negeri telahpun mengarahkan semua Pejabat Daerah
mengadakan bancian terperinci mengenai bilangan kuil, tokong dan gereja yang
terdapat dalam daerah masing-masing.
Berhubung dengan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk
memberikan Suratan Hak Milik Tanah kepada kuil-kuil yang masih belum
mempunyainya, pihak kuil perlu memohon melalui Pejabat Tanah Daerah sebelum
dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. Sekiranya permohonan tersebut wajar, Kerajaan
Negeri bersedia meluluskan permohonan Suratan Hak Milik Tanah kepada kuil-kuil
tersebut. -
Apakah tindakan-tindakan yang telah dan akan diambil ke atas penceroboh-penceroboh dan mereka yang telah memusnahkan serta menghina kuil-kuil Hindu yang telah dirobohkan oleh Kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional.
Kerajaan Negeri berpandangan, tindakan perobohan ke atas kuil-kuil Hindu semasa di
bawah kerajaan negeri sebelum ini telah dijalankan mengikut peraturan dan
perundangan yang berkuatkuasa. Kebanyakan kuil-kuil yang dirobohkan merupakan
kuil-kuil yang didirikan di atas tanah-tanah rizab Kerajaan Negeri atau tanah
persendirian bertujuan untuk memberi laluan kepada projek-projek pembangunan.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat akan mengambil
pendekatan yang lebih mesra berbanding kerajaan dahulu dimana sebelum perobohan,
PBT atau Pejabat Daerah perlu mendapatkan kebenaran Kerajaan Negeri terlebih
dahulu dan tapak gantian akan diberikan oleh Kerajaan Negeri sekiranya wajar atau
perlu.