Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
72) BANGLO EXCO DI SEKSYEN 7
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri membelanjakan sejumlah RM 162,500 sebulan bagi perkhidmatan pengurusan, penyelenggaraan dan operasi kompleks secara komprehensif yang mengandungi sepuluh unit banglo dan rumah kelab. Kos keseluruhan bagi lima tahun adalah sebanyak RM 9,900,000. Kos perbelanjaan untuk seunit setiap bulan ialah RM 16,250. Jika kerajaan negeri ingin menyewakan banglo-banglo tersebut, berapakah kerajaan negeri akan menyewakan seunit banglo untuk sebulan?
Agen-agen harta tanah telah dipanggil secara berperingkat-peringkat untuk melawat
banglo-banglo tersebut. Cadangan daripada mereka yang diterima masih dikaji,
sebelum Kerajaan Negeri menetapkan kadar sewa yang berpatutan. -
Didapati kos perbelanjaan untuk kawalan serangga perosak memerlukan sebanyak RM 35,000 manakala kos untuk pembersihan dan landskap memerlukan sebanyak RM 40,000 untuk sebulan, adakah kos ini terlalu tinggi? Sila jelaskan
Kos sebanyak RM35,000.00 sebulan adalah dengan pecahan kerja yang telah
dipersetujui seperti berikut :
i) Rawatan intensif bagi tikus, lipas, semut, ‘wood borers’, ular dan lain-lain
binatang.
ii) Pemasangan perangkap nyamuk, serangga dan lain-lain di luar dan dalam
kediaman.
iii) Rawatan khas (special treatment) ‘anti termite corrective soil treatment’ dengan
kaedah umpan ‘EXTERRA’ dengan jaminan 5 tahun.
iv) ‘Fogging’.Kos sebanyak RM40,000.00 sebulan adalah dengan pecahan kerja yang telah
dipersetujui seperti berikut :
i) Kerja pembersihan ‘spot ‘ dan ‘detail’ dalam dan luar bangunan dewan.
ii) Kerja pembersihan ‘spot ‘ dan ‘detail’ luar kediaman.
iii) Penyelenggaraan peralatan kebersihan (hygiene) seperti penyembur pewangi
automatik, ‘sanitizer’ dan tong tuala wanita.
iv) Pencucian kering bagi keseluruhan langsir kediaman mengikut kehendak
penghuni.
v) Menanam pokok-pokok di taman.
vi) Kerja penyelenggaraan keseluruhan lanskap di komplek seperti memotong
rumput, menggembur, membaja, menyiram, merumpai, meracun, mengganti
pokok mati dan lain-lain lagi.
vii) Kerja pembersihan ‘hardscape’ seperti kaki lima, laluan dan sebagainya.
viii) Pencucian dan rawatan PH level dan chlorine kolam renang.
ix) Pencucian dataran kolam renang.
x) Pencucian dewan serbaguna semasa diadakan majlis-majlis rasmi.
xi) Pembuangan sampah di rumah-rumah ke tempat yang disediakan.