Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
64) LIGA BOLA SEPAK HULU LANGAT TIDAK BERGIAT
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah liga tersebut malap dan begitu lama tidak bergiat ?
Liga tersebut yang tidak bergiat sejak sekian lama adalah kemungkinan Persatuan
Bolasepak Daerah tersebut sudah tidak aktif lagi atau masalah kewangan. -
Siapakah sepatutnya bertanggungjawab bagi memulihkan liga tersebut.
Selain Persatuan Bolasepak Daerah yang pada umumnya bertanggungjawab menganjurkan liga daerah, badan-badan NGO lain juga boleh menjalankan liga di daerah asalkan mendapat ’ sanction’ Persatuan Bolasepak Selangor sebagai badan
berkuasa dalam sukan Bolasepak di Negeri Selangor bagi memudahkan
perlaksanaannya. -
Apakah perancangan utama bagi memulihkan imej liga bola sepak di Hulu Langat?
Pihak Majlis Sukan Negeri Selangor yang memantau aktiviti program pembangunan
sukan di daerah-daerah melalui Majlis Sukan Daerah dan ini dalam rangka perancangan
penstrukturan semula Majlis.