Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

57) LAWATAN KE TEMPAT BENCANA ALAM

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan pegawai kerajaan negeri yang lazimnya mengiringi YAB Dato Menteri Besar ke lawatan-lawatan di tempat yang dilanda bencana alam untuk menemui mangsa?

    Pegawai Kerajaan Negeri yang lazimnya mengiringi YAB. Dato’ Menteri Besar ke
    lawatan-lawatan di tempat yang dilanda bencana alam untuk menemui mangsa adalah
    seperti berikut:-
    i. Agensi Penyelaras
    • Pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
    • Pegawai Pejabat Perbendaharaan Negeri
    • Pegawai Daerah dan Ketua Penolong Pegawai Daerah berkaitan
    ii. Agensi Penyelamat
    • Polis Diraja Malaysia
    • Angkatan Tentera Malaysia
    • Jabatan Bomba dan Penyelamat
    • Jabatan Kesihatan
    • Jabatan Pertahanan Awam
    iii. Agensi Sokongan
    • Jabatan Penerangan
    • Jabatan Penyiaran
    • Jabatan Alam Sekitar
    • Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja Sekiranya
    • Jabatan Meteorologi perlu
    • Jabatan Penerangan Awam
    • Jabatan Perhutanan
    • Jabatan Pengankutan Awam
    • Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri
    • Jabatan Mineral & Geosains
    • Datuk Bandar / Yang Dipertua PBT
    iv. Agensi Bantuan Pemulihan
    • Jabatan Kerja Raya Negeri
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
    • RELA
    • Tenaga Nasional Berhad
    • Telekom Malaysia
    • SYABAS
    Ini telah diterangkan dalam Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20 – Mekanisme
    Pengurusan dan Bantuan Bencana yang ditubuhkan disetiap daerah, negeri dan
    peringkat pusat.

  2. Berapakah kos perbelanjaan lawatan-lawatan seumpama itu?

    Kos Perbelanjaan seumpama ini adalah berasaskan:-
    i. Kos minyak kereta
    ii. Kos tol (sekiranya ada)
    iii. Pembayaran lebih masa (sekiranya wujud)
    iv. Rekod masa kerja (manhours)
    Kos-kos ini akan dibayar melalui peruntukan sedia ada jabatan dan sekiranya
    jabatan telah kehabisan peruntukan, maka permohonan akan dibuat kepada
    Perbendaharaan Negeri oleh Jabatan Negeri untuk mendapat tambahan
    peruntukan.

  3. Apakah amalan yang akan dipraktikkan dalam penyampaian bantuan kepada mangsa bencana alam?

    Berdasarkan Garis Panduan Bantuan Bencana Alam Negeri Selangor ialah seperti
    berikut:-
    Perkara Garis Panduan
    Syarat 1. Warganegara Malaysia;
    2. Mangsa dikira berdasarkan unit rumah;
    3. Orang yang tinggal di rumah terlibat
    sahaja layak dipertimbangkan;
    4. Pengesahan ketulenan mangsa oleh
    Ketua Kampung/ JKKK;
    5. Mangsa dikehendaki melaporkan
    kejadian kepada pihak polis dan Jabatan
    Kebajikan Masyarakat
    Mangsa terlibat mengikut
    keluarga
    • RM300 sekeluarga daripada
    Jawatankuasa Pengurusan & Bantuan
    Bencan Alam
    • Bantuan susulan oleh Jabatan Kebajikan
    Masyarakat maksimum RM5,000
    sekeluarga berdasarkan jenis kerosakan
    dan kerosakan yang dinilai
    • Bantuan MAIS kepada orang Islam
    sahaja
    Mangsa yang meninggal dunia RM1,000.00 seorang
    Rumah kediaman musnah
    samasekali
    RM500.00 sekeluarga
    Rumah kediaman musnah
    sebahagiannya
    RM300.00 sekeluarga, tertakluk kepada
    penilaian Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Pusat Penempatan Mangsa akan ditempatkan sementara di Pusat
    Penempatan sekiranya perlu dan keperluan
    makan minum dan semasa akan disediakan oleh
    Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Setiap Jawatankuasa Pengurusan & Bantuan Bencana Daerah diberi Tabung
    Pusingan sebanyak RM40,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.