Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
54) MENARIK BALIK RANCANGAN MENGAMBIL BALIK SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MENENGAH YANG DISERAHKAN OLEH JAIS KEPADA KERAJAAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pada pertengahan September 2008 pihak JAIS mengumumkan pembatalan untuk mengambil balik sekolah-sekolah agama menengah yang diserahkan kepada kerajaan Persekutuan. Tidakkah dibuat kajian sebelum pengumuman mengambil balik dulu diumumkan?
Beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan antara wakil Kerajaan Negeri,
JAIS dan Kementerian Pelajaran. JAIS berpandangan ianya tidak perlu diperpanjangkan
sehingga perlu dibuat kajian. Buat masa ini keputusan mengekalkan perjanjian
persefahaman menjadikan Sekolah-sekolah Agama Menengah Negeri ini sebagai
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang mendapat Bantuan Kerajaan Pusat
adalah pilihan terbaik. -
Apakah implikasinya jika pengambilan dibuat?
Implikasi apabila persetujuan menjadikan Sekolah Agama Negeri menjadi Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan Pusat ditarik balik adalah:
i. Bantuan-bantuan kewangan dan peralatan yang telah dan akan diberi akan ditarik balik.
Kerajaan negeri perlu mewujudkan kembali peruntukan ini yang telah dirancang akan
digunakan untuk membangun dan menaik taraf Sekolah Rendah Agama (SRA) dan
Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). Jumlah peruntukan tambahan yang diperlukan
oleh kerajaan negeri adalah sebanyak RM 50.6 juta setahun. Sila rujuk Lampiran A.
ii. Guru-guru juga telah memilih opsyen untuk menjadi guru kementerian. Agak rumit dan
mengambil masa untuk kerajaan negeri mendapat semula jawatan atau mendapatkan
semula guru-guru tetap.
iii. Hasrat Kerajaan Negeri hendak memberi pendidikan asas agama yang sempurna
kepada semua anak-anak Islam di Selangor melalui SRA dan KAFA mungkin tidak
kesampaian atau kurang sempurna kerana peruntukan yang ada tidak mencukupi. -
Dengan tidak mengambil balik, tidakkah menjejaskan polisi pendidikan agama Islam di Selangor?
JAIS berharap dan berdoa polisi pendidikan Islam di Selangor tidak terjejas kerana
Kerajaan Negeri masih diberi tanggungjawab untuk mengurus pengajaran dan
pembelajaran Sukatan al-Azhar. Kerajaan negeri juga masih menguruskan pengambilan
pelajar. Keputusan-keputusan Kementerian Pelajaran yang tidak selari dengan Kerajaan
Negeri masih boleh dibincang melalui Lembaga Pengelola Sekolah di mana pengerusi
dan urusetianya dilantik oleh Kerajaan Negeri seperti yang dikehendaki oleh
subseksyen 53 (1) Akta Pendidikan 1996(Akta 550).LAMPIRAN A
BANTUAN KEPADA 23 BUAH SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) YANG TELAH MENJADI
SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) PERSEKUTUAN.
TAHUN
JENIS BANTUAN
2006 2007 2008
Jun – Mei
– Pembangunan
– Perkapita Matapelajaran
– Utiliti
– Baikpulih
– Makan Asrama
– Aset dan Harta Modal
– Peralatan Pendidikan
Sains, Matematik & Bahasa
Inggeris
– Sukan & Kokurikulum
– Guru & Kakitangan
– Pakaian Seragam
– Yuran Khas Sekolah
– Keselamatan
– Pembersih Kawasan
– Kursus-kursus Ikhtisas
RM 12,864,142.70 RM 44,393,033.25 RM 57,873,755.97