Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

124) KEUPAYAAN BAHASA KAKITANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan kakitangan di setiap pejabat pihak berkuasa tempatan berupaya berkomunikasi dengan orang ramai dalam bahasa Tamil atau bahasa Mandarin?

    Seramai 52 orang kakitangan di setiap PBT boleh berkomunikasi di dalam
    bahasa Mandarin dan 651 orang boleh berkomunikasi di dalam bahasa Tamil.
    Berikut adalah bilangan kakitangan PBTyang boleh berkomunikasibahasaTamil
    dan Mandarin:-

    Bil PBT BAHASA
    TAMil MANDARIN
    1. MBPJ 163 27
    2. MPK 261 18
    3. MPSJ 89 1
    4. MPAJ 8 5
    5. MPS 86 –
    6. MDKL 18 1
    7. MDSB 26 –
    8. MBSA – –
    9. MPSp – –
    10. MPKi – –
    11. MDKS – –
    12 MDHS – –
    JUMLAH 651 52

  2. Adakah kerajaan Selangor mempunyai rancangan untuk menggaji kakitangan yang boleh berkomunikasi dengan orang ramai dalam bahasa Tamil atau bahasa Mandarin

    Di antara syarat utama bagi pengambilananggota ke dalam perkhidmatanawam
    di negeri Selangor ialah kemahirandalam penggunaanBahasa Malaysia dengan
    baik. Walau bagaimanapun, calon-calon yang mempunyai kemahiran bahasa
    kedua atau bahasa ketiga khususnya di dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil
    atau Bahasa Mandarin akan diberikan merit tambahan dalam pemilihan anggota perkhidmatan awam; dengan syarat beliau boleh berkomunikasi dengan baik
    dalam Bahasa Malaysia dan memenuhi kelayakan dan kriteria lain yang
    ditetapkan bagi setiap skim perkhidmatan.Kerajaan sememangnya memberikan
    peluang yang sama rata kepada semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama
    bagi pengambilan ke dalam perkhidmatan awam. Namun begitu, pemerhatian
    yang dijalankan mendapati peluang yang diberikan ini tidak diberikan sambutan
    yang baik daripada kaum India dan kaum Tionghoa. Sebagai rekod, bagi
    permohonan yang diterima oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
    Selangor pada tahun 2007, bilangan pemohon mengikut pecahan kaum adalah

    BIL. KAUM JUMLAH
    1. Melayu 16,082
    (93.92%)
    2. India 1,033
    (6.03%)
    3. Cina 7
    (0.04%)
    4. Lain-lain 1
    (0.01%)
    JUMLAH 17,122
    (100%)

    Kerajaan negeri sentiasa mengalukan-alukan pemohon-pemohon yang
    berkelayakan dan kompeten dari semua kaum untuk menyertai perkhidmatan
    awam supaya kemahiran setiap kaum dapat dimanfaatkan untuk kepentingan
    rakyat Negeri Selangor khususnya.
    sepertiberikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.