Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
84) BANJIR KILAT
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan penempatan baru yang dibuka di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan tadahan hujan dan kawasan penebat banjir telah dibangunkan di negeri Selangor?
Pada masa sekarang, bilangan penempatan baru yang dibuka di kawasan yang
dikenal pasti sebagai kawasan tadahan hujan dan kawasan penebat banjir tidak
diperoleh. Bagi setiap penempatan baru, satu kajian komprehensif perlu
dilaksanakan dan mendapat kelulusan Pihak Berkuasa perancang Negeri
Selangor sebelum dilaksanakan. -
Berapa banyakkah perbelanjaanyang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan negeri bagi menangani banjir kilat dan jumlah kerugian yang ditanggung akibat banjir kilat yang berlaku sepanjang tahun lalu?
Bagi menangani masalah banjir di Negeri Selangor, jumlah peruntukan yang
telah dibelanjakan pada tahun 2007 ialah 55 juta. Daripadajumlah ini, sebanyak
RM 37.7 juta telah disalurkan melalui Peruntukan Persekutuan manakala
sebanyak RM 17.3 juta telah disalurkan melalui Peruntukan Negeri. Jumlah
kerugian yang ditanggung akibat banjir pada tahun 2007 tidak dapat dikenal
pasti. -
Apakah perancangan yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh pihak kerajaan negeri bagi menangani masalah banjir kilat?
Bagi menangani masalah banjir, pihak Kerajaan Negeri telah dan akan terus
melaksanakan projek-projek tebatan banjir di bawah RMK9 di mana jumlah
Peruntukan Negeri RTB RMK9 ialah 91.5 juta manakala Peruntukan
Persekutuan RTB ialah RM 77 juta. Sehingga tahun 2007, jumlah perbelanjaan
projek-projek RTB di bawah Peruntukan Negeri ialah RM 31 juta dan jumlah
perbelanjaan projek-projek RTB di bawah Peruntukan Persekutuan ialah RM 67
juta. Juga, Kerajaan Negeri dalam usaha menangani masalah banjir, bertindak
operasi ‘OpS Lumpur’ bagi tujuan mengelakkan aliran lumpur dan sungai
daripada memasuki sistem saliran.