Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
72) LADANG KELAPA SAWIT
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Terdapat banyak ladang kelapa sawit milik kerajaan negeri Selangor tidak diuruskan dengan baik dan dibiarkan sahaja serta hasilnya tidak dikutip. Berapakah ladang kelapa sawit yang dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor dan sila berikan maklumat secara terperinci untuk setiap ladang tersebut.
Sehingga kini PKPS memiliki sebanyak 6 buah ladang kelapa sawit
manakala anak-anak syarikat PKPS menguruskan sebanyak 2 buah ladang
yang dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Ladangladang tersebut terletak di negeri Selangor, Kelantan dan Sabah. -
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk menguruskan ladang-Iadang yang terbiar?
PKPStidak pernah mempunyaitanah terbiar kerana aktiviti utama PKPS adalah
untuk menjana pendapatandaripada sumber-sumbertanah yang dimiliki.