Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
60) PENIPUAN TANAH
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kerajaan Selangor telah membuat siasatan mengenai penipuan tanah yang melibatkan ratusan jutaan ringgit di Selangor. Sila senaraikan bilangan kes penipuan tersebut dan Pejabat Tanah yang terlibat ?
Berdasarkan rekod terkini Pentadbiran ini, hanya terdapat 1 kes penipuan yang sedang
diperingkat perbicaraan oleh Mahkamah Seksyen Shah Alam.
Pentadbiran Tanah Kerajaan Negeri Selangor telah menerima beberapa aduan
berkaitan penipuan tanah. Walau bagaimanapun, kebanyakan aduan berada di
peringkat siasatan dan masih belum terbukti kesahihan dakwaan tersebut. Terdapat
juga sebilangan pengadu yang telah membuat laporan berhubung penipuan tanah bagi
membolehkan siasatan ditangani segera oleh pihak Polis Di Raja Malaysia.
Sehubungan dengan itu, Pentadbiran ini tidak dapat mengemukakan bilangan sebenar
kes-kes penipuan tanah memandangkan ia melibatkan beberapa pihak seperti Polis Di
Raja Malaysia, Badan Pencegah Rasuah dan Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri
Selangor. Pihak Y.B. Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang bolehlah
mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bilangan kes-kes yang terlibat daripada pihakpihak yang tersebut di atas. -
Apakah hasil siasatan tersebut?
Hasil siasatan terhadap kes-kes penipuan tersebut boleh didapati daripada Jabatan
Jenayah Komersil dan Polis Di Raja Malaysia. -
Apakah langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk membanteras penipuan tersebut?
Pentadbiran Tanah Negeri Selangor telah mengambil beberapa langkah bagi
membanteras penipuan tanah seperti berikut:-
i) penambahbaikan terhadap sistem dan prosedur;
ii) memberi pendedahan kepada kakitangan berkaitan integriti dan keselamatan
dokumen; dan
iii) menghadkan akses orang awam I mereka yang tidak berkenaan ke kawasankawasan sensitif.