Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

59) SISWAZAH MENGANGGUR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah siswazah yang masih belum mendapat pekerjaan sehingga kini dan pecahannya mengikut daerah di negeri Selangor?

    Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari sistem (ELX), jumlah siswazah yang
    berdaftar untuk pencarian kerja mengikut daerah di Negeri Selangor sehingga 12 Mei
    2008 adalah;

     

  2. Apakah tindakan kerajaan yang telah diambil bagi mengatasi masalah siswazah menganggur?

    Tidak berkaitan dengan Jabatan Tenaga Kerja Selangor. Walau bagaimana pun, pihak
    jabatan telah mengadakan beberapa aktiviti untuk membantu mengatasi masalah
    siswazah menganggur. Antaranya ialah ;
    1. karnival kerjaya untuk mempromosi sistem Electronic Labour Exchange (ELX)
    bagi memudahkan pendaftaran pencarian kerja;
    2. temu duga terbuka di mana para siswazah berpeluang untuk mencari Kerja
    secara terus dengan majikan yang menawarkan pekerjaan.

  3. Apakah penambahbaikan yang akan dilakukan bagi mengurangkan masalah tersebut?

    Pihak Jabatan Tenaga Kerja Selangor akan dan telah melakukan penambahbaikan
    bagi mengurangkan masalah pengangguran siswazah. Jabatan Tenaga Kerja Selangor
    telah meningkatkan lagi sasaran kerja termasuk :
    1. memperbanyakkan lagi karnival kerjaya;
    2. menggalakkan lagi pendaftaran majikan dalam system Electronic Labour System
    (ELX);
    3. menggiatkan lagi aktiviti ceramah kerjaya;
    4. serta mengatur dan mengadakan lebih banyak temu duga terbuka.

Lampiran

Tiada Lampiran.