Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
49) RUMAH PANJANG KAMPUNG BUNGARAYA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Seramai lebih 90 keluarga menduduki Rumah Panjang Kg.Bungaraya merana sejak tahun 1993 kerana projek perumahan Dahlia di Seksyen U5 yang dijanjikan kepada mereka oleh pemaju Unique Creations, terbengkalai . Apakah langkah pihak Kerajaan Negeri yang telah diambil untuk memulihkan projek perumahan yang terbengkalai ini ?
Mengikut perancangan dan padanan awal yang dibuat oleh Majlis Bandaraya
Shah Alam (MBSA) penghuni Rumah Panjang Bunga Raya akan dipindahkan ke
projek rumah kos rendah Pangsapuri Dahlia di Seksyen U5, Shah Alam yang
dibangunkan oleh Tetuan Unique Creations Sdn. Bhd. Namun, seramai 90
keluarga penghuni rumah panjang Bunga Raya masih berada di penempatan
tersebut disebabkan projek PangsapuriDahlia tersebut telah terbengkalai kerana
pemaju tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk meneruskan
pembangunan rumah kos rendah. Penduduk juga telah menandatangani
Pe~anjian Jual Beli dan sebahagiannya telah membuat pinjaman bank untuk
tujuan pembelian rumahtersebut.
Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor (LPHS)
telah memohon kerjasama daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad
(SPNB) untuk mengambil alih projek Pangsapuri Dahlia. SPNB bersetuju untuk
memulihkan projek tersebut namun masih menunggu kelulusan dan peruntukan
kewangan daripada KementerianKewangan. -
Senarai butiran projek perumahan kos rendah alternatif berhampiran yang boleh ditawarkan kepada penduduk ini ?
Alternatif projek rumah kos rendah yang terhampir boleh ditawarkan kepada
penghuni rumah panjang Bunga Raya ialah di Pangsapuri Suria yang
dibangunkan oleh Tetuan Juta Permai Sdn. Bhd. di Seksyen U4, Shah Alam.
Walau bagaimanapun, penghuni rumah panjang Bunga Raya yang bersetuju
untuk dipindahkan ke projek Pangsapuri Suria. perlulah membuat pembatalan
Pe~anjian Jual Beli terdahulu dan Pe~anjian Pinjaman dengan pihak bank yang
berkenaan. Oleh itu, terdapat kos-kos tambahan yang perlu ditanggung oleh
penghuni rumah panjang Bunga Raya dan ini pasti membebankan penghunipenghunitersebut jika mereka memilih untuk bertukar ke PangsapuriSuria. -
Sehingga penduduk ini ditempatkan ke perumahanan alternatif yang baru Bagaimana pihak Kerajaan Negeri dengan kerjasama Syabas boleh mengurangkan hutang tertunggak bil air dan terus menyalurkan air kepada rumah panjang dengan kadar diskaun yang istimewa demi mengurangkan beban mereka ?
Kaedah penyelesaian hutang tertunggak bil air boleh dibincangkan oleh
pengguna bersama-samadengan SYABAS berdasarkan kemampuan kewangan
masing-masing. Pertimbangan sosial merupakan salah satu ciri kepuasan
pelanggan yang disediakan oleh SYABAS terutama yang melibatkan penyaluran bekalan air secara berterusan.