Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

42) PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah perdagangan Negeri Selangor di luar negara bagi tahun 2007. Sila nyatakan butiran

    Jumlah perdagangan Malaysia pada tahun 2007 bernilai sebanyak RM1.11
    trilion, meningkat 3.7% daripada tahun 2006 yang hanya mencatatkan sebanyak
    RM1.07 trilion. Nilai eksport meningkat 2.7% kepada RM605.1 bilion pada tahun
    2007 berbanding RM589 bilion pada tahun 2006. Nilai import pula meningkat
    4.9% kepada RM504.6 bilion pada tahun 2007 berbanding RM480.8 bilion pada
    tahun 2006.
    Butiran ini adalah jumlah perdagangan bagi Malaysia dan tiada pecahan butiran
    mengikut negeri-negeri.

  2. Sila nyatakan 10 negara terbesar yang menjadi rakan dagang Negeri Selangor

    Antara 10 negaraterbesar yang menjadirakan daganganadalah seperti berikut;-
    Sumber : Matrade
    – – —
    Bil. Negara
    2007
    (RM Billion)
    1. United States Of America 149.21
    2. Simapore 146.46
    3. Japan 120.78
    4. People’s Republic Of China 117.94
    5. Thailand 56.99
    6. Republic Of Korea 47.97
    7. Taiwan 45.17
    8. HonQ KonQ 42.65
    9. Indonesia 39.13
    10. Germanv 38.25
    11. Others 305.42
    Jumlah Daaanaan 1109.97

    Butiran ini adalah jumlah perdaganganbagi Malaysia dan tiada pecahan butiran
    mengikut negeri-neger

  3. Sila nyatakan strategi kerajaan untuk meningkatkan jumlah perdagangan di Negeri Selangor bagi tahun 2008. Apakah jumlah kos perbelanjaan yang terpaksa digunakan untuk meningkatkan dan mempromosikan perdagangan di Negeri Selangor bagi tahun 2008?

    Beberapastrategi yang telah dan akan dilaksanakanadalah seperti berikut;-
    i) Mempromosikan kawasan-kawasantertentu seperti Pulau Indah sebagai
    kawasan aktiviti perdaganganatau trading hub.
    ii) Program yang berorientasikan “Business networking” atau program temu
    suai perniagaan akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa.
    iii) Menganjurkanmisi lawatan penggalakan pelaburan dan perdagangan ke
    luar negara yang berpotensi.
    iv) Penyertaan syarikat-syarikat dari Selangor dalam pameran-pameran
    yang dianjurkan di dalam dan luar negara.
    Kerajaan Negeri melalui SSIC Berhad menganggarkan sebanyak RM 1,764,200
    kos perbelanjaan bagi meningkatkan dan mempromosikan perdagangan di
    Negeri Selangor bagi tahun 2008. Walau bagaimanapun, kos ini termasuk juga
    kos bagi penganjuran program-program promosi penggalakan pelaburan dan
    perindustrian

Lampiran

Tiada Lampiran.