Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

40) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (RUMAH URUT DAN PUSAT HIBURAN)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah rumah urut dan pusat hiburan berlesen yang terdapat di Negeri Selangor mengikut kawasan Pihak BerkuasaTempatan?

    Berikut adalah jumlah rumah urut dan pusat hiburan berlesen yang terdapat di
    Negeri Selangor mengikut PBT.
    Bil PBT Bilangan Rumah Bilangan Pusat
    Urut Berlesen Hiburan Berlesen
    1. MBSA 26 20
    2. MBPJ 114 187
    3. MPK 47 79
    4. MPAJ 30 31
    5. MPS 58 80
    6. MPSJ 20 101
    7. MPKi 26 39
    8. MPSp 4 11
    10. MDHS 3 9
    12. MDSB 8 18
    11. MDKS Tiada 3
    9. MDKL Tiada 3
    JUMLAH 336 582

  2. Apakah dasar Kerajaan Negeri Selangor untuk meluluskan permohonan lesen-lesen rumah urut dan pusat hiburan yang baru dalam suatu kawasan Pihak BerkuasaTempatan?

    Pada masa kini, kerajaan negeri masih meneruskan dasar-dasar yang diguna
    pakai oleh kerajaan sebelum ini berhubung pemberian lesen perniagaan rumah
    urut dan pusat-pusat hiburan yang baru di negeri Selangor. Perkembangan
    perniagaan rumah urut dan pusat-pusat hiburan adalah dipantau oleh Pihak
    Berkuasa Tempatan dan pemberian lesen adalah tertakluk kepada UndangUndang Kecil Pusat Kecantikan dan penjagaan Kesihatan 2007 dan Enakmen
    Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1995 (Pindaan 2001). Premis
    yang melanggar syarat-syarat pemberian lesen akan dikenakan tindakan
    undang-undang.

  3. Apakah tindakan undang-undang yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor terhadap pengusaha rumah urut dan pusat hiburan yang tidak berlesen yang terdapat dalam kawasan Pihak BerkuasaTempatan?

    Tindakan undang-undang yang diambil oleh kerajaan negeri dan PBT terhadap
    pengusaha rumah urut dan pusat hiburanyang tidak berlesen ialah:-
    i) Tindakan mengeluarkannotis untuk menghentikanaktiviti perniagaan;
    ii) Kompaun dan penutupan premis perniagaan yang menjalankan aktiviti
    tanpa lesen;
    iii) Sitaan barang-barangdi premis berkenaandan;
    iv) Mendakwa pemilik premis di mahkamah.

Lampiran

Tiada Lampiran.