Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

33) GERAN TANAH KEKAl UNTUK KAMPUNG BARU

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah kerajaan negeri akan meluluskan geran tanah kekal untuk penduduk-penduduk kampung

    Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa untuk memberi hak milik kekal atau
    hak milik sementara. Walau bagaimanapun dasar Kerajaan Negeri hanya
    meluluskan hak milik secara pajakan.

  2. Sila nyatakan berapa kadar bayaran premium ke atas hak milik tanah bagi setiap kaki persegi

    Kadar premium adalah seperti di Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian
    Selangor Bil.4/99 sepertimanadi lampiran.

  3. Bolehkah premiumtersebut dibayar secara ansuran?

    Pihak Berkuasa Negeri memberi kemudahan bayaran premium secara ansuran.
    Walau bagaimanapun ia tidak meliputi mereka yang mendapat kemudahan
    bayaran premium tanah bagi Kampung Baru Cina di Negeri Selangor kerana
    mereka telah mendapat keistimewaan kadar premiumyang rendah.

Lampiran

Tiada Lampiran.