Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

28) PROJEK PERUMAHAN BUKIT BERUNTUNG

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah sebab utama kegagalan projek perumahan Bukit Beruntung?

    Perumahan Di Bukit Beruntung mengalami kegagalan disebabkan oleh
    kurangnya kemudahan asas :-
    i) Pihak pemaju tidak menyerahkansistem bekalan air keseluruhankepada
    pihak Syabas dan pemaju bekalkan air kepada pengguna menggunakan
    kaedah pukal.
    ii) Kemudahan bank hanya satu bank sahaja berada si kawasan
    berhampiran iaitu Bank Public Bank.
    iii) Pejabat pos mini paling hampir berada di Taman Bunga Raya.
    iv) Pengangkutanawam yang kurang dan lemah.
    v) Tiada kemudahandewan orang ramaL
    vi) Kemudahandan kelengkapansekolahyang tidak mencukupidan kurang.
    vii) Banyak projekterbengkalai di kawasan sekitamya.
    viii) Tiada tarikan orang awam untuk menduduki kawasan tersebut seperti
    tiadanya institusi pengajiantinggi atau kemahiran.
    Aduan bangunan yang retak tidak diperbaiki oleh pihak pemaju atas alasan
    liabiliti telah tama

  2. Apakah rancangan-rancangan terbaru kerajaan untuk memulihkan projek perumahan yang gagal ini demi menyelesaikan kebuntuan yang dialami oleh ribuan pembeli-pembeli rumah di Bukit Beruntung?

    Bagi memulihkan projek-projek perumahan di Bukit Beruntung, Kerajaan Negeri
    sedang dan akan menjalankanperkara-perkaraberikut :-
    i) Pihak pemaju dalam tindakan dengan pihak Syabas untuk mendapatkan
    meter air individu dan dianggarkan mendapat meter pada bulan Ogos
    (maklumatdari pemaju).
    — —
    — — — –..-.—–.-..—-.-
    ii) Pembinaandewan oleh Majlis telah diluluskan pembiayaannya.
    iii) Pembinaan sekolah rendah di Bukit Beruntung oleh Kementerian
    Pendidikandan pembinaansedang dalam pelaksanaan.
    iv) Pembinaansekolah agama oleh Jabatan Agama Islam (JAIS) dan dalam
    proses pembinaan.
    v) Bagi projek terbengkalai dalam tindakan Lembaga Perumahan Dan
    Hartanah Negeri Selangor untuk memulihkannya dan Majlis Daerah
    menghubungipihak pemajudan Liquidator bagi mencari penyelesaian.

Lampiran

Tiada Lampiran.