Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
27) BANTUAN KEBAJIKAN IBU TUNGGAL
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berikan statistic terkini bilangan ibu tunggal yang terdapat di Selangor ?
Kerajaan Negeri melalui Institut Perkembangan Minda ( INMIND ) telah melakukan
bancian khusus untuk mengenal pasti jumlah Ibu Tunggal di Negeri Selangor,
bermula pada November 2006 hingga Ogos 2007. Laporan lengkap menunjukkan
seramai 5710 orang telah dibanci. Berikut disenaraikan hasil bancian yang telah
dilakukan;
Pengumpulan data Ibu Tunggal negeri Selangor masih berjalan dan Pihak Berkuasa
Tempatan ( PBT ) melalui Pejabat Daerah akan menghantar borang Ibu Tunggal
yang telah lengkap diisi ke Unit PerancangEkonomi Negeri ( UPEN ) untuk di kemas
kini, ini bertujuan bagi membolehkan perancangan aktiviti dibuat dari masa ke
semasa. Proses pengumpulan data ibu tunggal akan berterusan dengan
meningkatkan mekanismatambahan yang telah dikenal pasti, bagi memastikan data
ibu tunggal yang diperoleh adalah efisien dan merangkumi semua perkara. Laporan
tersebut akan digunakan sebagai rujukan oleh semua agensi yang terlibat di Negeri
Selangor bagi membolehkan perancangan yang bersesuaian yang melibatkan
golongan sasaran ini terus dibuat dari masa ke semasa. Pihak Unit Perancang
Ekonomi Negeri (UPEN) pula sedang dalam usaha meningkatkan mutu simpanan
data tersebut dengan membangunkan sistem yg boleh digunakan oleh semua
agensi selepas ini. Sistem sepenuhnya akan membolehkan pengguna mendapat
maklumat di hujung jari. Sistem tersebut akan di sebarkan kepada semua agensi
kerajaan selewat-Iewatnya pada bulan Ogos nanti. Selain dari itu laporan ini akan
–
Daerah Jumlah
Gombak 1073
Petaling 608
Hulu Langat 987
Kuala Langat 862
Klang 642
Sepang 200
Kuala Selangor 271
Sabak Bernam 244
Hulu Selangor 823
Jumlah 5710
digunakan sebagai rujukan oleh semua agensi yang terlibat di Negeri Selangor bagi
membolehkan perancangan yang bersesuaian yang melibatkan golongan sasaran
ini terus dibuat dari masa ke semasa -
Apakah masalah sosial yang dihadapi oleh Ibu Tunggal , sila senaraikan?
Masalah sosial di kalangan ibu tunggal adalah disebabkan oleh beberapa faktor
yang dikenal pasti, antaranyaadalah;
i. Masalah kecukupansumber kewangan
ii. Masalah menangani cabaran untuk memberi pendidikan kepada anak-anak
dari peringkattadika hingga universiti
iii. Masalah penjagaananak-anakapabila mereka keluar beke~a
iv. Masalahtanggungan ahli keluargayang lain seperti ibu bapa dan mertua
v. Masalahtempat tinggal yang selamat
vi. Masalah pendidikanagama dan moral anak-anak
vii. Masalahjati diri
Faktor-faktortersebut merupakanantara sebab gejala sosial berlaku di kalangan ibu
tunggal di negeri Selangor. Walaupun tidak dinafikan golongan ini juga ada yang
terlibat dengan jenayah atau gejala sosial yang lain, tetapi jumlah tersebut tidaklah
besar.
ii) Kerajaan negeri memainkan peranan dalam menjayakan program-program yang
melibatkan Ibu Tunggal melalui Unit perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Zakat Selangor (LZS), Jabatan Kemajuan
Masyarakat(KEMAS)I PihakBerkuasaTempatan(PBT)I JabatanPertanianNegeri
Selangor dan Jabatan PembangunanWanita NegeriSelangor.
Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius tentang permasalahan ibu tunggal
dengan menyediakan pelbagai bantuan yang bersesuaian kepada golongan ibu
tunggal, melalui agensi kerajaanyang dapat membantu,seperti :
i) Jabatan PembangunanWanita dan Keluarga (JPWS)
ii) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Hi) Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negeri (LPPKN)
Selain dari itu, sekiranya ibu tunggal tersebut tergolong dalam golongan rakyat
termiskin atau miskin maka bantuan bulanan dan persekolahan anak akan
diuruskan oleh Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sementara itu mereka yang mempunyai kemahiran dalam perniagaan pula akan
dibantu dengan pemberianperalatan, sewaan gerai dan pinjamandana.
Di samping itu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui dana Kementerian
Perumahan Dan KerajaanTempatan (KPKT)telah memberi bantuan berbentuk I
– –
– _AU. ___ _ _.hh ___._..__..___…
Bantuan Sewaan (Perumahan Keluarga Miskin)
ii pengurangan Beban TanggunganKeluarga (kewangan)
iii PenjanaanPendapatanKeluarga
iv Pendidikan dan Latihan (dikelolakanoleh KPKT dengan Kolej Komuniti)
Untuk makluman YB Kerajaan Negeri akan sentiasa memantau keperluan-keperluan
mereka melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung,
Jawatankuasa Penduduk dan Rukun Tetangga dari masa ke semasa. -
Sila senaraikan jenis bantuan kewangan , penjagaan anak dan peluang pekerjaan yang kini sedang ditawarkan kepada mereka ?