Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

21) PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN HERBA DARI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan dan mempromosikan industri herba Negeri Selangordi luar negara?

    PKPS membuat promosi melalui penyertaan di dalam pameran dan ekspo
    perdagangan, aktiviti pengiklanan di media cetak, radio dan televisyen,
    pembukaan kiosk produk herba di pasaraya-pasaraya, menempatkan produkproduk herba di toke-toko jamu, warung-warung serta kedai-kedai di seluruh
    negara.

  2. Berapakah jumlah perdagangan yang dikenal pasti di dalam industri herba ke luar di NegeriSelangor bagi 3 tahun yang lepas

    Sehingga kini PKPS masih belum membuat sebarang perdagangan bagi produk
    herba ke luar negara kerana ingin memberi fokus pada pasaran domestik.
    Bagaimanapun,produk herba TongkatAli akan mula dipasarkandi negara Korea
    Selatan pada pertengahan tahun 2008 hasil kerjasama antara anak syarikat
    PKPS dan sebuah konsortiumdaripada Korea Selatan.

  3. Bagaimanakah kerajaan akan membantu pengeluar-pengeluar produk herba tempatan?

    Kerajaan Negeri membantu pengeluar-pengeluar produk herba tempatan
    dengan :-
    i) Memberi khidmat nasihat dari segi pembangunan produk dan
    pembungkusan bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pasaran
    dunia.
    ii) Menyediakan kilang pemprosesan dan pembungkusan produk herba
    bertaraf Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang diluluskan oleh
    Kementerian Kesihatan. Turut juga menyediakan mesin-mesin
    pemprosesan dan peralatan pembungkusan yang boleh memberi
    manfaat kepada orang ramaL
    iii) Membantu memasarkan produk-produk herba melalui kedai-kedai
    farmasi, kiosk, toko jamu dan warung-warungdi seluruh negara.
    — — – –
    Jawapan Jabatan Pertanian :
    c) Pihak Jabatan Pertanian ada memberi bantuan dan intensif kepada
    pengusaha herba dengan bantuan inputdan infrastrukturpertanian sebanyak
    RM5000 per hektar keluasan tanaman. Pihak Jabatan juga membantu dari
    segi pemprosesan hasil herba dengan bantuan di bawah program industri
    as as tani.

Lampiran

Tiada Lampiran.