Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
19) AGAMA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila berikan penjelasan adakah Kerajaan Negeri Selangor boleh melantik sesiapa sahaja yang tidak ditauliahkan oleh DYMM Sultan Selangor untuk menyampaikan khutbah Jumaat di masjid-masjid di Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri Selangor tidak boleh melantik individu yang tidak ditauliahkan
oleh DYMM Sultan Selangor untuk menyampaikan khutbah Jumaat di masjidmasjid di Negeri Selangor. -
Sila senaraikan nama-nama penceramah yang ditauliahkan oleh DYMM Sultan Selangor untuk menyampaikan ceramah agama di masjid dan di surau di Negeri Selango
Sehingga bulan April 2008, seramai 1,132 orang telah diberikan tauliah
berceramahdi masjid dan surau di seluruh Negeri Selangor. Senarai nama
penceramah tersebut boleh diperoleh dari laman web JAIS di www.iais.aov.mv -
Sila jelaskan peraturan-peraturanyang diguna pakai oleh Jabatan Agama Islam Selangor bagi mentauliahkan penceramah-penceramah agama di Negeri Selangor
Pentauliahan penceramah agama di Negeri Selangor adalah berasaskan
Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Negeri Selangor 2003 dan
Kaedah-kaedahTauliah (Negeri Selangor) 2001.