Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

18) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PENGURANGAN CUKAI)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah kerajaan negeri akan turunkan cukai rumah 20% dan cukai premis perniagaan 10%?

    Buat masa ini, cadangan untuk menurunkan kadar cukai taksiran rumah
    sebanyak 20% dan cukai taksiran premis perniagaan sebanyak 10% masih
    dalam kajian Kerajaan Negeri memandangkankeadaanekonomi Selangor ketika
    ini masih belum mencapai tahap memuaskan bagi membolehkan janji-janji itu
    dilaksanakan. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri tetap berusaha untuk
    memastikan agarjanji-janji dapat ditunaikan secara berperingkat.

  2. Apakah usaha alternatif yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengganti kehilangan pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menampung kekangan kewangan PBT?

    Usaha alternatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk
    menggantikan kehilangan pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan berikutan
    cadangan pengurangan kadar cukai taksiran adalah dengan meningkatkan
    kutipan Hasil Bukan Cukai yang terdiri daripada lesen-Iesen perniagaan, sewaan
    dan faedah. Pihak Berkuasa Tempatan juga diminta agar dapat
    mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan kutipan
    denda, kompaun dan waran dapat ditingkatkan

Lampiran

Tiada Lampiran.