Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
16) PERPUSTAKAAN UNTUK MASYARAKAT SETEMPAT
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah perpustakaan yang ada di Negeri Selangor
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor kini mempunyai 90 buah pusat
perkhidmatan perpustakaan yang meliputi seluruh daerah di negeri Selangor.
Antaranya:
Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Jumlah
1
7
4
6
67
5
90
Manakala 173 buah perpustakaan yang lain di bawah pelbagai agensi juga
terdapat di dalam negeri Selangor.AntaranyaBil. Perpustakaan Jumlah
1. Perpustakaan PBT 2
2. Perpustakaan AkademikIPTA 3
3. Perpustakaan AkademikIPTS 82
4. Perpustakaan Khusus Guna 48
sama
5. Perpustakaan Khusus Luar 36 Gunasama (Swasta)
6. Perpustakaan Khusus Luar 2 Guna sama (Pertubuhan)
Keseluruhan 173 -
Kemudahan apakah yang disediakan di dalam perpustakaan
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor menyediakan kemudahankemudahan yang sesuai dengan keselesaan pengguna perpustakaan
— — – – – – – –
Bil. Perpustakaan Jumlah
1. Perpustakaan PBT 2
2. Perpustakaan AkademikIPTA 3
3. Perpustakaan AkademikIPTS 82
4. Perpustakaan Khusus Guna 48
sama
5. Perpustakaan Khusus Luar 36 Gunasama (Swasta)
6. Perpustakaan Khusus Luar 2 Guna sama (Pertubuhan)
Keseluruhan 173
—
dan juga berdasarkan garis panduan di dalam Dasar Negara Bagi
Perpustakaandan PerkhidmatanMaklumat.
Antara kemudahanyang disediakan adalah seperti :
i) Kemudahan Bahan Perpustakaan
Perbadanan PerpustakaanAwam Selangor merupakan pusat sumber
maklumat yang utama dan sebagai pembekal perkhidmatan
maklumat kepada sektor awam dan swasta. Bahan yang disediakan
ke seluruh rangkaian perpustakaan di seluruh Selangor. Kemudahan
bahan perpustakaan menjadikan Perbadanan Perpustakaan Awam
Selangor berperanan sebagai pusat maklumat dan pusat budaya
masyarakat.
Warga Selangor bukan sahaja dapat mengakses maklumat dalam
bentuk bercetak dan media elektronik, malah mereka boleh
berkumpul untuk tujuan pendidikan dan budaya, program, dan
penyertaan dalam aktiviti- aktiviti yang dianjurkan.
ii) Kemudahan Perkhidmatan
a) Perkhidmatan Keahlian Perpustakaan secara percuma.
Perkhidmatan keahlian secara percuma adalah terbuka kepada
seluruh warganegara Malaysia yang bermastautin di negeri
Selangor.
Proses keahlian kini boleh diperolehi dalam tempoh sekurangkurang 1 hari bekerja.
Tempoh aktif keahlian perpustakaan adalah dalam masa 2
tahun.
b) Perkhidmatan Peminjaman dan Pemulangan Buku
Perkhidmatan berkenaan sediakan kepada ahli perpustakaan
dan pengguna boleh meminjam buku sebanyak 3 buah buku
bagi tempoh 3 minggu.
Perlanjutan tempoh pinjaman boleh dilakukan di kaunter
pemulangan dan juga secara panggilan telefon. Tempoh
perlanjutan pinjamanadalah selama 3 minggu.
c) Perkhidmatan Internet dan Multimedia
Perkhidmatan Internet dan Multimedia telah dimulakan di
Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada tahun 1999. la
bertujuan merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat
negeri Selangor. Perkhidmatan yang disediakan ialah
mengakses Internet dan penggunaan CD-ROM. Perkhidmatan
ini juga telah diperluas ke perpustakaan- perpustakaandaerah,
cawangan,pekan dan desa.
Bagi perkhidmatanini penggunadikenakan caj iaitu:
Penggunaan internet:
Dewasa – 1jam RM 2.00
Kanak-kanak- 1 jam RM 1.00
– – — — — —
—..—-
d) Perkhidmatan Portal-Portal PPAS
Perkhidmatan iniadalah pembangunan PPAS kepada pengguna
dalam mendukung era ICT di Selangor. Melalui laman web
PPAS, pengguna boleh mengakses portal yang khusus untuk
pelbagai kategoripengguna. Antaranya:
i) Portal Jejak IT
Portal yang khusus untuk golongan pelajar bagi
menguasai ICT. Menyediakanlebih 1,500 bahan dalam
format e-book yang meliputi pembelajaran seperti
Microsoft Office, HTML, Networking dan pelbagai lagi.
Bahan dalam format dwi-bahasa.
ii) Portal Ekommaju
Portal khusus kepada golongan peniaga IKS yang
berkonsepkan e-dagang yang memberikan khidmat
promosi barangan IKS serta memasarkan di dalam
portal.
iii) Portal e-Belia
Portal yang membantu para belia khususnya di
Selangor berkongsi pendapat,ilmu dan maklumat serta
percambahanidea selaras dengan peredaranmasa.
e) Khidmat Penasihat Pembaca (Reader Advisot1
Merupakan perkhidmatan yang membantu pengguna dalam
mencari maklumat, mengesyorkan bahan yang sesuai kepada
pembaca serta membantu menyediakan bahan-bahan yang
diperlukan oleh pelajar, penyelidikdan sebagainya.
f) Koleksi Selangor
Koleksi Selangor adalah koleksi yang koleksi bahan-bahan
mengenai negeri Selangor di dalam pelbagai format seperti
bahan digital, bercetak, manuskrip, risalah, peta dan gambar.
Semua bahan-bahan ini boleh diperoleh di Bahagian Maklumat
dan Penyelidikan serta khusus untuk rujukan dan penyelidikan
pengguna. Bagi bahan di dalam format digital ia boleh diakses
melalui terminal’ Portallwin (KoleksiSelangor)’.
g) Lain-lain Kemudahan dan Perkhidmatan
Perkhidmatan lain yang disediakan adalah seperti:
.:. Perkhidmatan Fotokopi
.:. Perkhidmatan ‘Wireless Broadband’.
.:. Perkhidmatan Maklumat Semasa (CIS)
.:. Aktiviti Gerakan Membaca dan Galak guna
perpustakaan.
— — — — –
h) Waktu Perkhidmatan Perpustakaan
WAKTU PERKHIDMATAN
PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA, SHAH ALAM
ISNIN
SELASA – JUMAA T
SABTU & AHAD
10.00 Pagi – 7.00 Petang
9.30 Pagi – 7.00 Petang
9.00 Pagi – 5.00 Petang
WAKTU PERKHIDMATAN
PERPUSTAKAAN DAERAH, CAWANGAN, PEKAN
ISNIN – JUMAA T 9.00 Pagi – 6.00 Petang
SABTU* 8.30 Pagi – 5.30 Petang
WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DESA
ISNIN – KHAMIS 9.00 Pagi – 6.00 Petang
(Tutup 1.00 Petang – 2.00 Petang)
JUMAAT 9.00 Pagi – 6.00 Petang
(Tutup 12.15Tengah hari- 2.45 Petang)
SABTU* 8.30 Pagi – 5.30 Petang
(Tutup 1.00 Petang – 2.00 Petang)
iii) Kemudahan Maklumat dan Penyelidikan
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor berperanan
dalam memberikan maklumat kepada masyarakat
dengan pelbagai kaedah bagi memenuhi kemudahan
berkenaan. Antaranya perkongsian sumber dengan
perpustakaan – perpustakaan atau pusat maklumat lain.
Melalui konsep ini, Perbadanan Perpustakaan Awam
Selangor berupaya untuk memenuhi keperluan maklumat
pengguna dengan memanfaatkan kepelbagaian sumber
maklumatyang ada di perpustakaan-perpustakaanlain. -
Berapakah purata jumlah buku bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil yang tersimpan di setiap perpustakaan
Koleksi bahan di Perbadanan Perpustakaantelah menjangkau3
juta naskhah yang meliputi seluruh pusat perkhidmatan di
Selangor. Jumlah bahan berkenaan merangkumi bahan
bercetak dan tidak bercetak. Sehingga kini , pecahan koleksi
mengikut bahasa adalah sebanyak:
a) BahasaMelayu – 70%
– —
b) Bahasa Inggeris – 20%
c) Bahasa Lain – 10%
Pembangunan koleksi ini perlu merangkumi koleksi asas dan
koleksi tambahan yang bersesuaian dengan komuniti serta
persekitaran pusat perkhidmatan berkenaan. Namun demikian,
penyediaan koleksi merangkumi bahasa-bahasa lain selain
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris hanyalah merangkumi
bahan tidak bercetak (Bahan Pandang Dengar) sahaja. Ini
kerana prosedur pembelian buku PPAS adalah tertakluk kepada
Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor yang
memperuntukkan pembelian bahan buku diutamakan untuk
Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
sebagai menyahutseruan kerajaan.