Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

14) PENGUBAHSUAIAN RUMAH KEDIAMAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kedudukan rumah-rumah kediaman yang telah mendapat kelulusan untuk membuat pengubahsuaian seperti menambah tingkat bagi rumah teres setingkat menjadikan dua tingkat, namun apabila siap CF gagal diperoleh. Bagaimanakah cara penyelesaiannya

    Rumah kediaman yang telah mendapat kelulusan untuk pengubahsuaian dan
    mematuhi seperti pelan yang diluluskan akan diberi CF. Namun yang tidak
    mematuhi pelan yang diluluskan tidak akan dikeluarkan CF. Cara
    penyelesaiannya pemohon boleh mengemukakan As Built Plan kepada pihak
    PBT untuk kelulusan. Pihak PBT boleh menimbangkan permohonan
    berdasarkan syarat-syarat minimum yang ditetapkan. Pihak pemohon boleh
    dikenakan penalti kerana melencong semasa pembinaan sebagaimana dalam
    Sek. 70 (13)(b) Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 133). Penalti atau denda
    boleh dikenakan tidak lebih dari Lima puluh Ribu Ringgit (RM50,000.00)danjuga
    boleh dikenakan denda tambahan sebanyak Seribu Ringgit (RM1,OOO.00)bagi
    tiap-tiap hari kesalahan diteruskan. Walau bagaimanapun, penalti yang
    dikenakan boleh dirayu kepada PBT berkenaan.

  2. Mengapa terdapat perbezaan kepada cukai pintu rumah-rumah yang telah diubahsuai dengan rumah-rumah asal tanpa pengubahsuaian? Apakah formula yang diguna pakai bagi menentukan cukai tersebut?

    Perbezaan kepada cukai pintu rumah-rumah yang telah diubahsuai dengan
    rumah-rumah asal tanpa pengubahsuaian adalah seperti yang termaktub di
    dalam Seksyen 2Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) -Nilai Tahunan
    adalah termaktub
    ” Anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperoleh dari
    setahun ke setahun dari peganganyang berkenaanjika disewakan, dengan tuan
    tanah membayar belanja bagi pembaikan, insurans, penyelenggaraan atau
    pemeliharaandan segala kadar dan cukai awam “.
    —- —
    Terdapat perbezaan kepada cukai pintu bagi rumah-rumah yang telah
    diubahsuai dengan rumah-rumahasal tanpa pengubahsuaianadalah disebabkan
    terdapatnya perbezaan I pertambahan keluasan bagi harta I rumah tersebut.
    Formula Asas yang digunakan oleh Jabatan bagi pengiraan cukai taksiran
    adalah seperti berikut :
    Keluasan Lantai Bersih @ Kadar sewa skp = Sewa Bulanan Sewa Bulanan @ 12
    bulan = NILAI TAHUNAN
    Oleh itu CUKAITAKSIRAN = NILAI TAHUNANx 8.8%

Lampiran

Tiada Lampiran.