Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

12) PERHENTIAN BAS SUNGAI BESAR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan di mana tapak sebenar perhentian bas Sungai Besar yang baru

    Pihak Majlis dalam proses untuk mendapatkan tapak perhentian bas baru di
    sekitar kawasan Sungai Besar melalui UPEN, bagi menggantikan tapak
    perhentian bas lama sebelumtapak tersebut dikosongkan.

  2. Adakah tapak perhentian bas Sungai Besar yang lama milik kerajaan negeri dan kepada siapakah tapak tanah tersebut diserahkan serta berapakah bayaran premium untuk setiap meter persegi?

    Tanah tapak perhentian bas Sungai Besar lama diserahkan kepada sebuah
    pertubuhan yang melibatkan lot PT 1657 (berkeluasan 2.5 ekar) dan kedua-dua
    lot (PT 1883 dan PT 1882) bersebelahan melalui surat PTDSB Bil (7) dim PTSB
    1 0/19/2004 bertarikh 17 September2004.
    Bayaran premium sebanyak RM23,929.00 bagi keseluruhan tapak lot PT 1657
    yang dikenakan telah dibayar PejabatTanah pada 17 September2004.

  3. Sila huraikan apakah projek yang diluluskan oleh kerajaan di atas tapak perhentian bas tersebut. Berikan butir-butir

    Pertubuhan berkenaan telah mengemukakan permohonan kebenaran
    merancang pada 18 April 2008 untuk pembangunan 32 unit kedai pejabat 2
    tingkat di atas ketiga-tiga lot tanah tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.