Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
4) PEMBANGUNAN TAPAK LAPANG DI SEKITAR KAWASAN PERUMAHAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan projek -projek pembangunan komersial yang dirancang dan sedang dilaksanakan di tanah lapang yang berada dalam lingkungan 20metre daripada kawasan perumahandi kawasan Kota Damansara
Pembangunan komersial ‘dirancang dan belum dilaksanakan’ dalam lingkungan
20 meter dari kawasan kota Damansara. Hanya satu projek komersial terletak
dalam lingkungan 20 meter dari kawasan perumahan iaitu cadangan
pembangunanstesen minyak di antara persimpanganJalan Nuri 7 dan Persiaran
Suria, Seksyen 7, Kota Damansara dan tiada pembangunan komersial sedang
dilaksanakan dalam lingkungan 20 meter dari kawasan perumahan Kota
Damansara. -
Apakah kriteria yang digunakan oleh PBT untuk menentukan sama ada ketetapan 'Local Agenda 21' (di mana proses konsultasi dijalankan dengan penduduk persekitaran sebelum projek diluluskan) dilaksanakan atau tidak untuk setiap projek pembangunan berhampiran dengan perumahan?
Proses konsultasi dilaksanakan semasa penyediaan rancangan pemajuan dan
ianya bertepatan dengan pelaksanaan pembangunan mampan dan Agenda 21
Selangor di mana menggalakkan penglibatan pihak awam di dalam
merealisasikan konsep perancanganbersama rakyat.
Semasa penyediaan rancangan pemajuan (drat rancangan tempatan I drat
rancangan kawasan khas), proses konsultasi dilaksanakan melalui 2 peringkat
program publisiti mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa
1976 (Akta 172), iaitu:
i. (Seksyen 12A), Publisiti berkaitan dengan penyediaan drat rancangan
tempatan
ii. (Seksyen 13 (1), Publisiti berkaitandengan drat rancangantempatan
Mengikut Peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172),
Pengarah Hegeri atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT)
hendaklah mengambillangkah-Iangkah yang memastikan:-
—
i. Publisiti diberikan di dalam Negeri/kawasannya tentang draf rancangan
pemajuan yang akan disediakan, matlamat dan maksud penyediaannya; dan
ii. Memberitahu bahawa adanya peluang dan hak diberikan kepada orang
yang dijangka ingin untuk membuat rayuan kepada Pengarah
Negeri/PBPT. -
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membentuk suatu prasyarat atau undang-undang kecil yang jelas demi memastikan bahawa setiap perancangan pembangunan berhampiran dengan kawasan perumahanatau sekolah , mestilah melalui proses konsultasi dan debat bersama penduduk setempat sebelum ianya diluluskan ?
KAWASAN YANG TIDAK MEMPUNYAI RANCANGAN TEMPATAN YANG
TELAH DIWARTAKAN
Subseksyen 21(6), Akta 172 menyatakan bahawa sekiranya terdapat cadangan
pemajuan di suatu kawasan yang tidak mempunyai Rancangan Tempatan
yang diwartakan, maka, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan hendaklah
menyampaikan notis bertulis kepada pemunya tanah berjiran untuk
memberitahu hak mereka untuk membantah dan menyatakan alasan bagi
bantahan mereka dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh notis itu
disampaikan.
Maksud “pemunya” dalam Akta 172 ialah pemunya berhubung dengan manamana tanah atau bangunaniaitu:-
a. tuan punya berdaftartanah itu;
b. jika, ianya pada pendapat Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, tuan
punya berdaftar tanah itu tidak dapat dikesan, ejen atau pemegang
amanahnya;
c. jika tuan punya berdaftartanah itu telah mati, wakil dirinya di sisi undangundang; atau
d. jika tiada seorang pun antara orang yang disebut dalam perenggan (a),
(b) dan (c) wujud, orang yang pada masa ini menerima sewa tanah atau
bangunan itu, sarna ada bagi pihaknya sendiri atau sebagai ejen atau
pemegang amanah bagi seseorang yang lain atau sebagai penerima,
atau yang akan menerima sewa itu jika tanah atau bangunan itu
disewakan;
Maksud ‘tanah berjiran’ dalam Subseksyen21(8), Akta 172 ialah:-
a. tanah yang bersempadan dengan tanah yang berhubungan dengan
sesuatu permohonan;
b. tanah yang dipisahkan dari tanah yang berhubungan dengan sesuatu
permohonan oleh mana-mana jalan, parit, lorong atau tanah rizab yang
lebarnyatidak melebihi 20 meter; dan
c. tanah yang terletak dalam jarak 200 meter dari sempadan tanah dengan
tapak permohonan yang dihubungi melalui jalan mati (cul-de-sac) yang
digunakan oleh pemunya tanah dan pemunya tanah yang berhubungan
dengan permohonanitu.
KAWASAN YANG MEMPUNYAI RANCANGAN TEMPATAN YANG TELAH
DIWARTAKAN
a. Sebelum Rancangan Tempatan diwartakan di dalam Warta Negeri di
bawah peruntukan subseksyen 15(6) Akta 172, proses publisiti telah
bermula semenjak awal penyediaan Rancangan Tempatan tersebut iaitu
di bawah peruntukan Seksyen 12A. Proses ini dinamakan proses
rundingan awal dan dilaksanakan melalui program “Focus Group
Discussion”.
b. Semasa di peringkat Drat Rancangan Tempatan, orang awam,
agensi/Jabatan dan pihak-pihak berkepentingan dijemput untuk
memeriksa dan memberikan pandangan, cadangan atau bantahan
terhadap Drat tersebut dalam tempoh empat minggu mulai daripada notis
yang diberi mengikut Seksyen 13(2)Akta 172.
c. Segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh orang awam
akan didengar dan dipertimbangkan oleh JawatankuasaBantahanAwam
terhadap Drat Rancangan Tempatan yang dilantik oleh Jawatankuasa
perancang Negeri mengikut Seksyen 14(1) Akta 172.