Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

231) SELANGOR NEGERI MAJU 2005

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria atau KPI yang digunakan dalam mempiawaikan negeri maju?

    Sejumlah 323 Indikator kriteria atau KPI telah digunakan dalam mempiawaikan negeri maju. Empat kumpulan Indikator yang dikaji meliputi perkara-perkara berikut

    Senarai terperinci beberapa kekuatan Indikator mengikut kumpulan seperti dilampirkan.

  2. Apakah piawaian kualiti tarat hidup yang digunakan untuk OrangAsli dan pekerja ladang?

    Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap kebajikan penduduknya termasuk kaum orang asli dan pekerja ladang. Kerajaan Negeri terpaksa turun sendiri ke ladang-ladang bagi melihat sendiri permasalahan yang timbul di ladang. Berikutan itu, Kerajaan Negeri mendapati pekerja-pekerja ladang tiada perubahan dalam meningkatkan kualiti tarat hidup mereka. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedang dalam usaha untuk berbincang bersama pemilik ladang agar dapat memberi kehidupan yang lebih selesa kepada semua pekerja-pekerja ladang dan secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf kualiti hidup mereka.

  3. Apakah KPI yang digunakan dalam penilaian tarat hidup dari segi kesenian, budaya dan kemasyarakatan?

    Pembangunan Seni dan Budaya bagi negeri yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum adalah berdasarkan kepada pembinaan Negara bangsa. Berasaskan kepada perkembanganmasa lalu, masa kini dan masa akan datang maka pembangunan kebudayaan masyarakat Malaysia terutama di Negeri Selangor perlu dikukuhkan dengan perpaduan bangsa, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan serta memperkayadan mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat. Dalam aspek meningkatkan kualiti hidup masyarakat, pihak kerajaan telah menggaris beberapa program yang boleh dimantaatkan oleh rakyat seperti Program Merakyatkan Seni, Seni Persembahan, Kursus Bersama NGO Kebudayaan dan lain-lain aktiviti seni dan budaya. Pada tahun 2007, pihak Jabatan dan Kerajaan Negeri Selangor telah mensasarkan sebanyak KPI 102 aktiviti dan telah dicapai sebanyak KPI 121 aktiviti. Pada tahun 2008 sebanyak KPI 136 aktiviti akan dilaksanakan di seluruh Negeri Selangor.