Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

228) DASAR AGENDA 21 DAN PEMBANGUNAN MAMPAN SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah status pelaksanaan dasar tersebut dari segi negeri dan PBT

    IItizam Pembangunan Mampan Selangor yang dideklarasikan pada 4hb. Jun 1999 merupakan kesungguhan sebuah kerajaan negeri yang berpandangan jauh dan bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan di Selangor dilaksanakan secara mampan.

    Pembangunan mampan di Negeri Selangor dilaksanakan dengan rasminya melalui konsep pembangunan mampan dan pelaksanaan Projek Strategi Pembangunan Mampan Selangor dan Agenda 21 Selangor.

    Dokumen dasar yang telah dihasilkan ialah :-

    a. Kawasan SensitifAlam Sekitar (1999)
    b. Strategi PembangunanMampanSelangor (2000)
    c. Agenda 21 Selangor (2001)
    d. Panduan Pelaksanaan Agenda 21 Selangor (2002)

    Bagi tujuan pelaksanaan, Negeri Selangor memperkenalkan pembangunan mampan sebagai suatu reformasi ekonomi yang mengambil kira dengan serius kesan pembangunan terhadap alam sekitar, sumber asli dan masyarakat setempat.

    i. Status Pelaksanaan Di Peringkat Negeri
    Pada tahun 2005, Unit Pembangunan Mampan telah ditubuhkan secara interim di JPBD Negeri Selangor (selaku Unit Pembangunan Mampan Selangor) dan diketuai oleh seorang Pegawai Pembangunan Mampan (lantikan secara kontrak).
    Unit Pembangunan Mampan Negeri Selangor bertanggungjawab melaksana, menyelaras dan melapur kemajuan program pembangunan mampan Selangor kepada Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Mampan Selangor dan seterusnya kepada Jawatankuasa Perancang Negeri.

    Antara tugasan Unit Pembangunan Mampan Negeri Selangor ialah :-
    i. Melaksana dan menyelaras Program Pembangunan Mampan Selangor iaitu:
    a. Pelaksanaan Agenda 21 Selangor
    b. Pelaksanaan Agenda 21 Tempatan (LA21 PBT)
    c. Pelaksanaan MURNInet,
    d. Pelaksanaan Bandar Selamat
    ii. Melaksana ketetapan yang telah diputuskan oleh:
    a. Pihak Berkuasa Negeri
    b. Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor
    c. Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Mampan Negeri Selangor
    d. Jawatankuasa Pelaksana Pembangunan Mampan Negeri Selangor
    iii. Menyediakan sokongan maklumat Pembangunan Mampan Negeri Selangor kepada Jawatankuasa perancang Negeri Selangor.
    iv. Menyelaras aktiviti di peringkat agensi pelaksana, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Swasta dan PertubuhanMasyarakat.
    v. Membangunkan petunjuk pembangunan mampan dan menyediakan laporan tahunan status pembangunan mampan negeri ;
    vi. Melaksanakan e-Agenda 21 Selangor untuk meningkatkan “Participatory Planning” dan penglibatan masyarakat dalam agenda 21 tempatan; dan

    Unit ini juga berperanan dalam menjadi urus setia kepada beberapa mesyuarat seperti:-
    a. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Mampan Negeri Selangor;
    b. Mesyuarat Pegawai Pembangunan Mampan Negeri Selangor.

     

    ii. Status Pelaksanaan Di Peringkat PST

    Pada 22hb Februari 2006, satu Majlis Pelancaran serentak Agenda 21 Tempatan (LA21) bagi semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri
    Selangor telah diadakan di Sheraton Hotel, Subang Jaya dan telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Bin Toyo, Y.A.B
    Dato’ Menteri Besar Selangor. Melalui majlis pelancaran serentak ini, semua 12 PBT di Negeri Selangor secara rasmi melaksanakan Agenda 21 Tempatan (LA21) di kawasan pentadbiran masing-masing. Jadual 1 menunjukkan status Pelaksanaan Agenda 21 Tempatan (Local Agenda 21 atau LA21) oleh 12 Pihak BerkuasaTempatan sehingga Oisember 2007.

    Pihak yang terlibat di dalam Struktur Jawatankuasa Kerja peringkat PBT terdiri daripada ahli majlis, ketua perwakilan penduduk, ketua kampung serta pihak kerajaan dan pihak swasta. Setiap jawatankuasa yang dilantik bertanggungjawab menjalankan program/aktiviti bagi melaksanakan pelan tindakan yang melibatkan aspek ekonomi, sosial, alam sekitar dan infrastruktur. Jadual 2 menunjukkan senarai aktiviti I program LA21 yang di laksana oleh PBT pada tahun 2007.

    Bagi tahun 2007, setiap PST telah membentuk Pelan Tindakan LA21 yang bersesuaian dengan isu, masalah dan kehendak masyarakat di kawasan pentadbiran masing-masing.Pelbagai program telah dirancang dan di laksana ke arah mencapai matlamat Pelan Tindakan yang diwujudkan. Jadual 3 menunjukkan senarai Pelan Tindakan LA21 yang diwujudkan oleh setiap PST Negeri Selangor bagi tahun 2007.

  2. Berapakah peruntukan yang digunakan setiap tahun sehingga 2007?

    Peruntukan yang diterima oleh Unit Pembangunan Mampan Negeri Selangor adalah bagi melaksanakan program/aktiviti yang melibatkan program Agenda 21 Selangor, LA21 PBT, MURNInet dan Bandar Selamat. Jadual berikut menunjukkan peruntukan yang diterimabagi tahun 2005 hingga 2008.

    Di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, peruntukan bagi melaksanakan Agenda 21 Tempatan (LA21) adalah berbeza mengikut kemampuan kewangan PBT tersebut.

    Nota: Pihak tuan disarankan untuk mendapatkan maklumat-maklumat terperinci dari 12 Pihak Berkuasa Tempatan

  3. Apakah langkah-Iangkah yang diambil untuk mengatasi pembangunan di kawasan yang dikelaskan sebagai kawasan Amat Sensitif Alam sekitar?

    i. Bagi pembangunan di kawasan tanah tinggi kawasan yang berkecerunan kelas III (> 26° – 35°) dan IV (>36°) tidak dibenarkan untuk sebarang pembangunan dan perlu merujuk kepada Garis panduan Pembangunan Tanah Tinggi,Kementerian Sumber AsH dan Alam Sekitar 2005.
    ii. Kawasan tanah bencah perlu dikekalkan sebagai badan air atau fondage area.

Lampiran

Tiada Lampiran.