Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

227) MASALAH BANJIR KILAT DI KG. BARU SG. BULOH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila berikan butiran kajian dan kerja pembaikpulihan yang dibuat oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Pengairan Selangor, Pejabat Daerah dan Jabatan Kerja Raya untuk menaiktarafkan sistem perparitan di Kg. Baru Sg. Buloh demi mengelakkan insiden banjir kilat ?

    Kerajaan negeri telah menjalankan kajian sistem saliran kawasan lembangan Sungai Buloh, ia merupakan kajian yang meliputi sistem sungai dan saliran utama bagi lembaga utama Sungai Buloh walau bagaimanapun, untuk sistem perparitan Sungai Buloh tidak ada kajian terperinci bagi Kampung Baru Sungai Buloh. Memandangkan pembangunan yang pesat di Sungai Buloh ini pada asalnya adalah untuk pertanian kepada perindustrian. Kerja pembaik pulihan tidak dapat dijalankan kerana tiada rezab sungai/parit pembangunan infrastruktur sedia ada di Kampung Baru Sungai Buloh tidak berupaya menampung aliran permulaan semasa hujan lebat.

  2. Apakah tindakan ke atas kilang-kilang haram yang telah membina struktur bangunan melampaui lot mereka mengakibatkan laluan parit di kecilkan dan menyebabkan banjir ?

    Sebarang tindakan ke atas kilang-kilang haram yang telah membina struktur bangunan melampaui lot mereka adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.

  3. Kenapakah insiden banjir kilat masih berlaku dengan teruk di beberapa tempat rumah penduduk di Kg. Baru Sg. Buloh hingga kini ?

    Kerana tiada sistem perparitan yang sempurna.

Lampiran

Tiada Lampiran.