Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

223) PENSWASTAAN PAPAN IKLAN DI TEPI JALAN RAYA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penswastaan papan iklan di tepi jalan raya merupakan sumber pendapatan bagi negeri dan PBT. Apakah dasar kerajaan dalam penswastaan tersebut dan apakah pecahan pendapatan mengikut syarikat swasta bagi tahun 2000-2007?

    Kerajaan Negeri hanya melaksanakan penswastaan papan iklan mesra rakyat dengan menawarkan konsesi kepada Syarikat Karisma Vista Sdn. Bhd. (KVSB) untuk menjalankan operasi, mengurusdan membina papan pengiklanan kempen mesra rakyat di seluruh Negeri Selangor secara penswastaan. KVSB bertanggungjawab menyediakan tiga (3) papan iklan mesra rakyat untuk setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Sebagai balasan, syarikat akan diberi kebenaran untuk menaikkan papan iklan komersial dengan nisbah satu (1) mesra rakyat : dua (2) komersial bagi menampung kos pembinaan dan penyelenggaraan yang ditanggung oleh pihak syarikat bagi membina papan iklan mesra rakyat tersebut. Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor memperoleh pendapatan melalui pembayaran lesen dan sewa tapak bagi syarikat swasta yang memohon dengan pihak majlis sendiri. Pecahan pendapatan mengikut syarikat swasta bagi tahun 2000 hingga 2007 adalah seperti di lampiran.

  2. Siapakah Lembaga Pengarah yang terdapat pada syarikat-syarikat kontraktor tersebut?

    Lembaga Pengarah bagi syarikat-syarikat kontraktor tersebut adalah seperti di lampiran.

  3. Adakah kerajaan akan kaji semula dasar penswastaan papan iklan dan menggubal semula garis panduan pembinaan papan iklan

    Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa mana-mana syarikat yang berminat untuk mendirikan papan iklan, perlu menyewa tanah dari pihak PBT dan kelulusan TOL untuk tapak-tapak tersebut hanya akan dikeluarkan kepada PBT sahaja dan bukan lagi kepada syarikat-syarikat swasta. Pada masa ini, Kerajaan Negeri telah menetapkan agar mana-mana kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan lapang tidak boleh didirikan apa-apa struktur termasuk papan iklan.