Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
220) KEMUDAHAN AWAM DI PERUMAHAN PANGSA KOS RENDAH PPRT
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan butiran lengkap semua syarikat penyelenggaraan dan rumah pangsa kos rendah PPRT yang dijaganya
Pangsapuri Kos Rendah Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah bangunan yang dibiayai dan dimiliki oleh KementerianPerumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Walau bagaimanapun, pengurusan dan penyelenggaraan bangunan PPR dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Pegawai Penguasa yang dilantik untuk tujuan tersebut. Senarai nama-nama syarikat penyelenggaraan rumah pangsa kos rendah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Negeri Selangor adalah seperti berikut :-
-
Apakah tindakan PBT terhadap syarikat penyelenggaraan PPRT yang gagal membaik pulih kemudahan awam seperti lif, paip dan kutipan sampah di PPRT
Kerajaan Negeri amat memandang serius kepada mana-mana kontraktor yang telah dilantik untuk menyelenggarakan bangunan PPR yang gagal menjalankan kerja-kerja membaik pulih kemudahan awam seperti lif, sistem peralatan kebakaran, paip dan kerja-kerja kutipan sampah. Semua kontraktor yang dilantik dikehendaki mematuhi semua terma-terma perjanjian dan kerja-kerja penyelenggaraan yang perlu dilakukan oleh kontraktor semasa menerima tawaran menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di PPR.
Tindakan yang akan diambil kepada kontraktor-kontraktor yang gagal mematuhi perjanjian atau menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan akan diambil tindakan seperti berikut :-i. Surat peringatan kepada kontraktor supaya mengambil tindakan serta-merta ke atas semua aduan berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan;
ii. Surat penamatan kontrak jika didapati kontraktor gagal menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan PPR.Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Pegawai Penguasa yang telah dilantik akan memantau kerja-kera pembersihan dan penyelenggaraan kontraktor dari masa ke semasa untuk dilaporkan kepada KPKT. Kerjasama daripada penghuni juga amat diperlukan dalam memastikan bangunan PPR sentiasa dalam keadaan bersih, selamat dan tiada perbuatan vandalisme ke atas bangunan PPR.
-
Sagaimanakah Kerajaan Negeri dapat menempati janji manifesto PRU12, iaitu memberikan subsidi air percuma, 20m3 kepada penduduk PPRT yang menggunakan meter pukal Syabas ?
Pemberian percuma 20 m3 air terawat bagi penduduk di Negeri Selangor hanya terpakai kepada meter individu sahaja dan tidak melibatkan pengguna yang menggunakan meter pukal. Jika pengurusan kawasan atau bangunan terbabit bersedia untuk menukar meter pukal kepada meter individu, dasar tersebut bolehlah terpakai kepada pengguna terbabit.