Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

216) PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramai pelajar-pelajar yang dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah di negeri Selangor?

    Sehingga April 2008, AADK Negeri Selangor telah menjalankan ujian kepada seramai 3600 pelajar di 120 buah sekolah menengah seluruh negeri Selangor. Hasil ujian ini mendapati seramai 16 pelajar di dapati positif ujian saringan kertas jalur dan daripada jumlah ini cuma seorang (1) disahkan positif dalam ujian klinikal oleh pegawai perubatan.

  2. Apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab dalam mengatasi masalah ini?

    Dalam menangani pelajar yang telah didapati mencuba atau menggunakan dadah, AADK Negeri Selangor telah mengambil langkah-Iangkah yang berikut bagi membendung masalah tersebut daripada berleluasa di samping membantu pelajar yang terlibat:

    i. Program Intervensi Pelajar (PIP)
    Pelajar yang didapati positif dalam ujian urin akan diminta menghadiri kem Program Intervensi Pelajar (PIP) dan diberikan pendidikan dan pemahaman berkenaan bahaya dadah. Semasa berada di dalam kem, pelajar dibantu dengan sesi kaunseling dan latihan disiplin bagi menolak pengaruh dadah kepada diri sendiri. PIP di negeri Selangor dikekalkan 14 hari (2 minggu) sebagaimana tahun sebelumnya.

    ii. Pemantauan Pelajar Di Rumah
    Bagi pelajar yang telah di dapati positif dalam ujian saringan urin (kertas jalur) mahupun yang telah disahkan positif oleh pegawai perubatan menggunakan dadah akan di pantau setiap bulan. AADK Selangor menerusi pegawai AADK Daerah akan mengadakan siri lawatan ke rumah pelajar terbabit dan sesi kaunseling akan dilaksanakan bersama pelajar, ibu bapa serta ahli keluarga bagi memastikan pelajar benar-benar selamat dari terus mencuba dadah. Lawatan adalah secara berkala mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

    iii. Pemantauan Pelajar Di Sekolah
    AADK Negeri menerusi Pegawai AADK Daerah dengan kerjasama kaunselor sekolah akan terus memantau pelajar di sekolah dengan mengadakan sesi kaunseling bagi memantau perkembangan pelajar dari segi pergaulan dengan rakan-rakan dan kemajuan dalam pelajaran.

  3. apakah perancangan kerajaan negeri Selangor dalam membanteras penyalahgunaan' dadah di kalangan pelajar-pelajar

    Langkah-Iangkah yang diambil oleh AADK Negeri Selangor bagi membendung dan membanteras masalah penyalahgunaan dadah ialah melalui strategi pendidikan pencegahan yang bermatlamat untuk memberikan pengetahuan mengenai bahaya dadah, memberikan kemahiran bertindak (coping skill) menolak dadah dan seterusnya membudayakan hidup sihat tanpa dadah. Program dan aktiviti yang telah dilaksanakan ialah seperti berikut:

    (i) Program Pendidikan Pencegahan Pra-Sekolah
    Tunas PINTAR Bagi tahun 2008, AADK Malaysia akan memperkenalkan program baru iaitu Tunas PINTAR yang membabitkan murid-murid prasekolah berumur 6 tahun dan ke bawah. Sebagai permulaan, di negeri Selangor, program ini akan melibatkan kerjasama di
    antara AADK Selangor dan tabika dan tadika seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Selangor dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Selangor yang kesemuanya berjumlah 100 buah. Program ini masih lagi dalam perbincangan dengan kedua-dua jabatan tersebut untuk tujuan penyelarasan. Program ini adalah langkah proaktif AADK Malaysia dalam usaha memerangi dadah hingga ke akar umbi di Malaysia.

    (ii) Program Pendidikan Pencegahan DiSekolah Rendah dan Sekolah Menengah

    SEKOLAH RENDAH
    1. Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR)
    Bagi tahun 2008, tambahan 33 buah sekolah daripada 77 buah sekolah menjadikan 100 buah sekolah rendah yang dipilih oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS) dan AADK sebagai sekolah PINTAR. Kriteria utama pemilihan ialah sekolah tersebut berada di dalam kawasan berisiko tinggi dengan gejala penagihan dadah. Sekolah-sekolah ini mendapat tumpuan penuh AADK Negeri Selangor dalam semua aktiviti pencegahan dan pendidikan dadah. Pembelajaran dan pengajaran PINTAR melibatkan pelajar Tahap 2 (darjah 4,5, dan 6) dan melibatkan tajuk-tajuk berkaitan penyalahgunaan dadah dan undang-undang dadah yang berkaitan.

    2. Ceramah & pameran berinformasi serta tayangan video antidadah di sekolah

    3. Pengedaran risalah dan poster antidadah di sekolah-sekolah rendah

    4. Kuiz antidadah di sekolah bagi Program ko-kurikulum- Kuiz/Pertandingan Melukis/Boria dan sebagainya.

     

    SEKOLAH MENENGAH

    1. Ujian Saringan Urin
    Ujian urin – 30 hingga 40 pelajar berisiko di setiap sekolah menengah Sehingga April 2008, sebanyak 120 buah daripada 223 buah sekolah telah dilawati oleh AADK Selangor bagi melaksanakan Ujian Urin Di Sekolah Menengah. Seramai 3600 pelajar telah diuji urin dan cuma 16 pelajar sahaja positif. Ujian urin akan terus dijalankan di sepanjang sesi persekolahan di semua sekolah menengah negeri Selangor.

    2. Program Intervensi Pelajar (PIP)
    Pelajar yang didapati positif urin atau mengaku menggunakan dadah akan disenaraikan di dalam Kern Program Intervensi Pelajar (PIP).

    3. Pertandingan Mural Antidadah di Sekolah Anak Didik Kami (SADK)  Program Sekolah Anak Didik Kami (SADK) – 24 buah sekolah yang dipilih dan berada di dalam kawasan berisiko tinggi dengan gejala penagihan dadah Mendapat penumpuan penuh daripada AADK
    Selangor dalam program pencegahan dadah. Bagi tahun 2008, Pertandingan Melukis Mural Antidadah SADK dilaksanakan pada April
    2008 dan sedang berlangsung yang mana mural akan dikekalkan sehingga 2015 di sekolah.

    4. Ceramah dan pameran berterusan

    5. Tayangan video antidadah berterusan

    6. program Ko-Kurikulum- Kuiz Anti-dadah/Pencarian Harta karun dan sebagainya.

    7. Lawatan Ke Pusat Serenti (Perkongsian Pengalaman) oleh pelajar

    8. Kerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor – Skim Lencana Antidadah (SLAD)

     

    MAKLUMAT TAMBAHAN

    1. Tunas PINTAR
    Matlamat program ini ialah untuk memastikan anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya.

    Objektif:
    i) Memastikan kanak-kanak mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya hidup sihat.
    ii) Mendidik kanak-kanak tentang keburukan dadah sejak diperingkat prasekolah lagi.
    iii) Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri dari dadah
    iv) Memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada anak-anak berumur 6 tahun ke bawah

    2. PROGRAM INTELEK ASUHAN ROHANI (PINTAR)
    PINTAR adalah program teras pendidikan pencegahan dadah di sekolah rendah berasaskan kurikulum dan ko-kurikulum. la dilaksanakan oleh AADK Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Penjara. Subjek berkenaan dadah diajar selama 12 waktu pengajaran dalam setahun oleh tenaga pengajar terdiri daripada Pegawai
    AADK, Guru, Pegawai PDRM atau Pegawai Penjara. Subjek diajar kepada pelajar sekolah rendah pada tahap 2 (Darjah 4, 5 dan 6).

    Objektif PINTAR:
    i) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar supaya dapat menolak pengaruh rakan sebaya tentang negatifnya pengambilan dadah.
    ii) Meningkatkan penghargaan kendiri serta kemahiran interpersonal pelajar supaya bijak mengatakan tidak kepada dadah
    iii) Menggalakkan pelajar supaya melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum untuk menjauhi dadah.
    iv) Membina ketahanan diri pelajar supaya tidak terjerumus dengan gejala penagihan dadah.

    Pemilihan sekolah rendah PINTAR adalah berdasarkan kriteria berada di dalam kawasan berisiko dengan gejala penyalahgunaan dadah. Di Selangor terdapat 100 buah sekolah PINTAR.

    3. PROGRAM INTERVENSI PELAJAR (PIP)
    Program khusus pencelahan kepada pelajar sekolah menengah yang didapati positif ujian urin dan mengaku pernah mengambil dadah. Pelajar terbabit akan dikumpulkan di dalam satu kem dan diberikan pengetahuan secukupnya berkenaan bahaya penyalahgunaan dadah. Dilaksanakan oleh AADK dengan kerjasama PDRM, Jabatan Pelajaran Negeri, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Penjara.

    Objektif PIP:
    i) Membantu pelajar supaya sedar tentang bahaya dadah dan berhenti dari terus mengambil atau menggunakan dadah.
    ii) Pelajar yang terlibat mendapat maklumat sebenar tentang risiko yang akan dihadapi sekiranya mereka terus terlibat dengan dadah.
    iii) Mereka yang terlibat sedar akan pentingnya kehidupan yang sihat sejahtera, berkeupayaan menghadapi cabaran hidup pada masa
    hadapan dengan mengamalkan cara hidup sihat.

    4. SKIM LENCANA ANTIDADAH
    SLAD adalah satu usaha terancang melibatkan ahli-ahli Persatuan Pakaian Beragam Sekolah Menengah (kelolaan Jabatan pelajaran Negeri) dalam aktiviti di sekolah dan akhirnya kepada masyarakat luar.

    Objektif:
    i) Pelajar mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyampaikan mesej antidadah.
    ii) Pelajar dapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan sebaya, ahli
    keluarga dan masyarakat setempat.
    iii) Memberi khidmat sukarela dalam aktiviti antidadah apabila tamat persekolahan.

    AADK Negeri Selangor sentiasa memberikan kerjasama kepada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dalam menjayakan program SLAD.

    5. SEKOLAH ANAK DIDIK KAMI(SADK)
    SADK dipilih daripada sekolah-sekolah menengah yang berada di dalam kawasan berisiko tinggi dengan penyalahgunaan dadah. Pemilihan adalah daripada cadangan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Di Negeri Selangor, terdapat 24 buah sekolah SADK. Mendapat keutamaan dalam program-program pendidikan pencegahan dadah oleh AADK Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.